Surah al-Baqarah(ayat 255)
- Di dalam kitab Assarul Mufidah menerangkan sesiapa yg membaca ayat Kursi 18 kali setiap hari akan dibukakan dadanya dgan berbagai-bagai hikmah,dimurahkan rezeki,dinaikkan martabat atau darjatnya sehingga semua orang akan menghormatinya.Malah akan terpelihara dr segala bencana.
- Dari Anas bin Malik r.a berkata, " Rasulullahs.a.w bersabda ,apabila seseorang dari umatku membacanya 12kali kemudian dia mengerjakan solat subuh nescaya Allah akan menjaganya dr kejahatan syaitan dan darjatnya sama dgan orang yang membaca seluruh al-Quran 3kali dan pd hari kiamat ia akan diberi mahkota cahaya yg menyinari semua penghuni dunia.
- Sesiapa yg membaca selepas solat fardhu.Tuhan akan mengamounkan dosanya dan yg membacanya ketika hendak tidur akan terpelihara dr gangguan syaitan dan yg membacanya ketika marah akan hilang rasa marahnya.
- Sesiapa yg membacanya dgan kusyuk setiap kali selepas solat fardhu,pagi dan petang,setipa kali keluar dan masuk rumahatau ketika bermusafir,insyaAllah akan terpelihara dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yg akan memudaratkan dirinyabahkan keluarga,anak-anak dan harta bendanya.
- Abdurahman bin Auf menerangkan apabila dia masuk kerumah dibaca ayat Kursi pd 4 penjuru rumah dan mengharapkan ia menjadi penjaga dan pelindung syaitan
- Syeikh al-Buni menerangkan:sesiapa yg membacanya sebanyak hitungan hurufnya(170 huruf),maka insya-Allah Tuhan akan memberi pertolongan dlm segala hal.Malah menunaikan segala hajat,melapangkan fikiran,dimudahkan rezeki,menghilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntut.
- Syeikh Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menjelaskan sesiapa yg membacanya sebanyak 1000 kali dalam sehari 40hari demi Allah,demi Rasul,demi al-Quranyg mulia,Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani,dihasilkan yg dimaksudkan dan diberi pengaruh kepada manusia.(dr kitab Khawasul Quran)
- Imam Jaafar Shadiq r.a menjelaskan sesiapa yg membaca sekali nescaya Allah akan menghindarinya 1000 kesukaran duniawi yg terkecilsekali ialah kemiskinan,kepapaan dan 1000 kesukaran ukhrawi yg terkecil sekali ialah azab api neraka.
- Jika berpindah ke rumah baru,disarankan membacanya pada malam pertama rumah itu diduduki,dgan harapan Allah melindungi diri dan keluarga dr sebarang gangguan
- Jika bicanya waktu kesempitan,insyaAllah akan mendapat bantuan dr Allah
- Jika dibacanya pd akhir solat,tidak menegah akannya untuk masuk syurga kecuali maut dan sesipa yg membacanya ketika hendak tidur Allah kan memelihara dirinya,rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah di sekitarnya.
- Ayat kursi yg dibaca dgan kusyuk akan menyebabkan jin dan syaitan terbakar.
- Mengamalkan bacaan ayat Kursi akan memberikan keselamatan kepada kita dalam perjalanan.
selamat beramal...:-)
dipetik dari:Al-Islam
No comments:
Post a Comment