-->
skip to main | skip to sidebar
Kisah_JiEyQa

Cintaku Semerbak Polo Black (1 n 2)

QUESEIRA mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg,  dengan segera jari jemarinya mendail nombor seseorang yang dia tunggu sedari tadi. Satu keluhan berat dilepaskan.
Sedari tadi dia menunggu, sehingga terasa lenguh kakinya berdiri. Matanya melilau melihat kesesakan orang yang membeli barang-barang di pusat beli belah itu.
     “Awak kat mana? Penat saya tunggu!” tengking Queseira. Di corong telefon dia terdengar suara seseorang ketawa sembari memohon maaf.
     “Dari tadi on the way, cepat sikit. Don’t you know that I’m tired?” bebel Queseira lagi. Sejurus itu, dia meletak telefon. Geram benar hatinya, bagaikan dibakar pula. Queseira pantang menunggu seseorang itu terlalu lama.
     Biarlah orang lain menunggunya lama, tetapi jangan dia menunggu seseorang itu dalam jangka masa yang lama.Itulah prinsipnya. Matanya tertancap pada kedai minyak wangi yang terletak lebih kurang lima puluh meter dari tempat dia berdiri.
     Segera dia mengatur langkah dan bergerak ke kedai minyak wangi tersebut. Beberapa saat kemudian dia telah sampai ke kedai minyak wangi yang besar itu. matanya melilau melihat sekeliling kedai.
     ‘Boleh tahan, design kedainya cantik,’ komen Queseira di dalam hati. Sedang dia bermonolog sendirian, tiba-tiba sahaja dia ditegur oleh salah seorang pekerja disitu.
     “Ya kak? Boleh saya bantu? Akak cari perfume jenis apa ni?” soal pekerja tersebut dengan sopan. Queseira memandang pekerja tersebut dari atas ke bawah. Bibirnya diketap.
     “Hello? Saya belum tua lagi. Tak payah nak mengada-ngada panggil saya kakak.” Komen Queseira, pedas. Mulutnya memang begitu, sentiasa bercakap lepas. Tidak pernah menjaga bahasanya.
     Pekerja tersebut tersengih sembari menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Queseira menjeling pekerja tersebut dengan tajam. 
     “Sorry.. Saya tak sengaja.” Pohon pekerja tersebut. Queseira menunjukkan telapak tangannya.
     “Talk to the hand.” Dengan segera Queseira mengatur langkah, keluar dari kedai tersebut. Gayanya yang sombong itu diperhatikan oleh pekerja kedai minyak wangi tersebut dengan kebilan berat yang sukar dikendali.

****
ANDY masih lagi mengemas peralatan di kedai minyak wangi Donut Perfume House, fikirannya terimbau pada peristiwa petang tadi. Dengan tiba-tiba sahaja wanita yang berpakaian elegan itu menjelingnya. Apakah salahnya?
     Sebelum ini dia pernah juga tersalah jangka usia seseorang itu, dia dengan tidak sengaja memanggil wanita yang lebih muda darinya kakak, tetapi tidak pula wanita itu melenting dan menjelingnya seperti wanita tadi. Lain manusia, lain ragam. Ada sahaja rentaknya.
     “Andy! Kerja dah settle belum? Asyik termenung aje? Ingat girlfriend ke?” tegur Nash dengan suara yang lantang. Fikiran Andy terus mati. Serta merta dia memandang Nash yang sedang mencempung lengan kekasihnya dengan mesra.
     Inilah yang paling Andy tidak gemari tentang sikap Nash yang tidak segan silu bersentuhan antara bukan muhrim di hadapannya. Bukanlah Andy mahu berlagak baik, tetapi sebagai seseorang yang mempunyai agama, Nash harus sedar akan dosa dan pahala.
     Apa pula yang bakal dikatakan oleh orang yang memerhatikannya? Tidakkah nanti Nash akan dikritik hebat?
Pernah juga dia meluahkan perkara tersebut kepada Nash, tetapi nampaknya sahabatnya itu tidak mendengar langsung nasihatnya. Apa yang dikatakan hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tidak memberikan apa-apa kesan langsung!
     Jika diikutkan mahu sahaja Andy memarahi Nash di hadapan khalayak ramai, tetapi dia sedar maruah seseorang itu harus dijaga juga. Justeru, dia hanya menasihati Nash dengan cara yang baik. Tetapi nampak gayanya, sahabatnya itu tetap tidak berubah.
     “Dah nak siap. Nak apa?” soal Andy, acuh tak acuh. Bukanlah maksud dia cemburu dengan kemesraan antara dua kekasih di hadapannya itu, cuma dia kurang berkenan dengan aksi mereka yang bagaikan orang yang sudah mempunyai ikatan yang sah sahaja.
     “Nak ajak kau makan. Nak ikut tak?” pelawa Nash sambil mencubit pipi kekasihnya. Andy segera menggeleng. Malas pula Andy mahu mengikut. Tidak pasal-pasal aje pahalanya berkurang hari ini. Eloklah kalau dia duduk sahaja di kedai ini.
     “Okey. nak kirim apa-apa?” soal Nash lagi. Buat kali kedua Andy menggeleng, dan Nash segera mengatur langkah, meninggalkan Andy yang sedang sibuk menyusun minyak wangi yang baru sahaja sampai pagi tadi.
****
“THAT guy memang gilalah.. ada ke dia panggil aku kakak?” bebel Queseira dengan muncung yang panjang. Fatihah ketawa, sembari ketawa mengekeh.
     “You look too old, maybe.” Sampuk Fatihah, masih lagi dengan tawanya. Queseira mengetap bibir.
Ada sepupu, sepupu pun join sama kutuk aku. Tak guna! Getus Queseira di dalam hati. Sebal hatinya. Dengan tidak semena-mena dia mencubit peha Fatihah. Fatihah mengaduh kesakitan, tetapi tawanya masih belum reda.
“Macam mana muka dia? Is it your taste?” soal Fatihah, ingin tahu. Queseira mendengus kasar. What a question?
“Hello? Gila ke? Aku dah ada Jack. Kau ingat aku ni suka curang ke?” soal Queseira sambil menjegilkan matanya. Fatihah menekup mulut.
“Aku tanya aje. Tak suruh pun kau curang dengan boyfriend kau yang berlagak tu. Huh!” kutuk Fatihah selamba. Queseira menjeling Fatihah dengan tajam.
Kadang kala sepupunya ini suka cakap lepas, tidak pernah hendak berselindung. Dia tidak pernah peduli dengan perasaan orang lain. Tapi mujurlah Queseira tidak pernah ambil hati. Dia tahu perangai sepupunya itu.
Fatihah menarik selimut ke paras dadanya, hari ini dia bermalam di rumah Queseira memandangkan orang tuanya masih belum pulang dari Mauritius. Rajin benar keluarganya itu melancong, mujur dia tidak seperti itu.
Fatihah lebih suka duduk di rumah, justeru dia meminta kebenaran dari orang tuanya untuk tinggal di rumah Queseira.
Queseira mencampakkan bantal yang berada bersebelahan dengan kerusi yang didudukinya. Jaraknya dengan Fatihah lebih kurang dua meter.
“Woi! Nak tidur? Tak payah. Tunggu dulu. Teman aku.” Jerit Queseira. Cepat benar sepupunya itu tidur. Jam baru sahaja menunjukkan ke angka dua belas. Awallah tu! Tak akan dah mengantuk? Bebel Queseira.
“Pagi esok aku nak berjogging. Kau apa tahu?” marah Fatihah, sambil bantal kecil yang berada berdekatannya dicapai. Lantas dilekap kedua belah telinganya.
“Alahh.. Relax dulu. Baru pukul berapa. Teman akulah. Aku nak cerita pasal pakwe aku.” Bersungguh-sungguh Queseira menuturkan. Sambil ototnya mulai mekar mengukir senyuman.
“Pakwe, pakwe, pakwe.. tak ada benda lain ke nak cerita? Please la.. Aku tak minatlah nak dengar semua tu,” sindir Fatihah dengan sinis.
Queseira mencebik. Eleh.. Tak suka  ada pakwe konon. Walhal dalam rekod dia dah bercinta dengan lebih sepuluh orang lelaki dah. Tu lepas habis belajar. Waktu kat universiti? Lagi bertengkel-tengkel kekasih si Fatihah tu. Playgirl!
Fatihah menarik selimut ke paras bahu dan mengatup matanya. Tetapi fikirannya masih menerawang pada kata-kata Queseira sebentar tadi. Entah-entah mamat yang panggil Eira tu kakak kawan aku kot? Manalah tahu.. Fikir Fatihah di dalam hati.
Kemudian dia bingkas bangun, dan Fatihah mendapati Queseira masih lagi duduk di kerusi sambil membaca novel Rachel Gibson, Nothing But Trouble. Huh! Kena sangatlah tu.. Tak ada apa-apa selain masalah..
“Eira..” panggil Fatihah. Eira mengangkat muka. Sambil mengangkat kedua belah keningnya.
“Apa dia? Tadi ya, ya sangat kata nak tidur la, itu la, ini la. Pergi la tidur sana. Yang tergedik panggil aku lagi buat apa?” bebel Queseira dengan muncung yang panjang. Buku ditangannya terus ditutup. Fatihah menjeling.
“Over la kau ni. Nak tanya sikit,” Fatihah malas mahu membalas kata-kata Queseira itu. Queseira berkalih, dari kerusi terus ke katil. Tak lain sepupunya yang sorang ni ada benda nak digosipkan. Tak ada benda lain...
“Tanya apa?” soal Queseira kembali sambil memeluk tubuh. Fatihah ketawa. Nak tanya ke tak nak erk? Nanti kalau tanya dia kata aku nak kenal dengan lelaki tu.. Hurm.. Fikir Fatihah, fikir...
“Mamat yang panggil kau kakak tu, muka dia hensem tak?” soal Fatihah. Pecah ketawa antara mereka berdua. Queseira jungkit bahu.
“Kenapa pulak kau tanya ni? Minat? Nak masuk line ke?” tebak Queseira.
“Aku? Nak masuk line? Dah rosak ke kau punya nerve cell?” ujar Fatihah sambil ketawa. Alat kawalan jauh pendingin hawa dicapai, lantas diperlahankan sedikit.
“Nerve cell tu tak berapa nak rosak, tapi hampir rosak... Ni semua bahana si mamat tadi panggil aku kakak la! Pitam aku empat ratus tahun!” bersungguh-sungguh Queseira menuturkan. Fatihah tergelak.
“By the way, budak mana yang panggil kau kakak ni? Nak jugak aku try test pergi kedai tu, mana tahu dia panggil aku adik ke.. Maklumlah muka aku kan comel macam budak kecik..Babyface gitu..” Fatihah berseloroh. Queseira menjelirkan lidahnya sembari membuat mimik muka tanda menyampah.
“Donut Perfume House tu. Cubalah pergi. Tak silap aku kedai tu baru bukak. Before this pergi tak pernah nampak pun. Tapi design kedai dia memang cantik, attractive. Tu yang buat aku nak masuk kedai tu. Tapi tak sangka pulak yang aku kena panggil kakak once aku step in dalam kedai tu.. Hampeh betul!” bebel Queseira.
Fatihah terjeda. Hatinya meronta kuat, memaksanya bertandang ke kedai tersebut. Entah mengapa, dia merasakan ada sesuatu yang perlu dia rungkai, walau hakikatnya dia sendiri tidak tahu apa perkara yang harus dia rungkaikan. Otaknya kusut memikirkan.
“Hoit.. Beranganlah tu.. Tak ada kerja lain. No wonder pimples tumbuh lagi. Padan muka!” ejek Queseira. Fatihah mencebik. Fatihah akui yang sepupunya itu mempunyai wajah yang bersih tanpa ada kesan jerawat. Lihatlah sahaja barangan yang dipakai oleh Queseira. Semuanya berjenama.
Ibu dan ayah Fatihah pula cukup bersederhana dalam berbelanja. Segala perbelanjaan akan disekat. Wang hanya digunakan apabila perlu sahaja. Oleh sebab itu Fatihah sudah biasa dengan keadaan dirinya yang seolah-olah terkongkong untuk membeli sesuatu perkara yang digemarinya.
“Tak beranganlah. Kau cakap perfume tadi, teringat perfume aku dah habis. Tapi..” Fatihah mengeluh. Queseira memandang sepupunya.
“Tapi apa? Duit tak cukup? Mintalah ayah kau.. Email dia. Abang kau ke,” usul Queseira. Queseira sudah dapat membaca apa yang terlintas di kepala sepupunya itu.
Fatihah mengeluh lagi, lantas menggeleng. Queseira terdiam, itu bermakna Fatihah tidak berani untuk meminta wang pada abang dan ayahnya itu. terjentik rasa kasihan pada diri Queseira atas Fatihah.
Bagi Queseira, keluarga Fatihah terlalu kedekut. Masakan tidak mahu mengeluarkan wang untuk anak sendiri? Tambahan pula, Fatihah satu-satunya anak bongsu mereka. Masakan tidak mahu membelanjakan sedikit wang untuk Fatihah? Orang kaya kedekut, itu tanggapan Queseira.
“Macam nilah.. Kau pakai duit aku dulu.. Nanti ada duit kau bayar semula kat aku. Boleh?” kata Queseira. Fatihah berfikir. Ragu-ragu rasanya. Bimbang ibu dan ayahnya mendapat tahu akan hal ini, pasti dia akan ‘susah’!
“Boleh ke?” Fatihah meminta kepastian. Queseira mengangguk. Fatihah tersenyum meleret.
“Thanks!”
                                                                                   *** 
Posted by _FaRiSiQa_ at 7:17 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

MEET THE OWNER !

MEET THE OWNER !
hey sygku semua . in Syafiqa . the owner of dis blog ! if like , do follow me yaww ? luv u all meyh . aw aww :-*
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

dear Mohammad Noor Faris Azman . luv u more than everything . syg awk cgt-3 !

Followers

 

Eren Ft.romi - Perubahan - 05 - Pelengkap Hidupku