-->
skip to main | skip to sidebar
Kisah_JiEyQa

Cintaku Semerbak Polo Black (3)

ANDY sedang melakar sesuatu di atas kertas, beginilah hobinya di waktu lapang. Pintu bilik tiba-tiba sahaja diketuk. Kertas lakaran terus disembunyikan di bawah bantal.
Andy mencapai buku karya Mitch Albom yang diletakkan di tepi katil. Segera Andy menyandar pada katil, seolah-olah dia sedang membaca dengan penuh khusyuk.
“Andy..” suara Datin Fitrah memecah kesunyian di dalam bilik. Andy mengangkat muka memandang wajah Datin Fitrah tepat-tepat, sembilan puluh darjah.
“Ya mama?” Sejurus itu dia kembali menatap buku yang sedang dipegangnya. Datin Fitrah berjalan perlahan-lahan merapati anak lelakinya itu.
“Tak tidur lagi?” soal Datin Fitrah. Andy sekadar menggeleng sembari menghembus nafas perlahan. Datin Fitrah mengangguk sahaja. Datin Fitrah hanya duduk sahaja di sisi katil, memerhatikan anak lelakinya itu sehingga Andy merasa rimas.
“Mama tengok Andy macam nak makan aje. Kenapa ni?” Tanya Andy. Datin Fitrah ketawa.
“Tak ada apa-apalah. Rindu aje dengan anak mama sorang ni.. Dua hari mama tak ada kat rumah, dua harilah mama rindu anak mama tau!” ujar Datin Fitrah.
Andy hanya tersengih. Dia akui, dia memang dimanjakan di dalam keluarganya memandangkan dia anak bongsu dan abang serta kakaknya semua sudah mendirikan rumahtangga. Hanya dia seorang sahaja yang tinggal.
Justeru, kasih sayang ditumpahkan sepenuhnya kepada Andy. Andy pula tidak banyak meminta, hanya menurut sahaja perintah orang tuanya. Datin Fitrah bangun lantas mencium dahi anak lelakinya itu.
“Tidur sayang.. Dah lewat malam ni. Esok mama nak ajak Andy keluar,” arah Datin Fitrah, lembut. Dahi Andy berkerut. Keluar ke mana pulak? Tingkap yang dibuka luas telah memberikan peluang kepada sang angin untuk berhembus mesra.
“Pergi mana mama?” soal Andy. Datin Fitrah hanya tersenyum.
“Esok nanti Andy tahu. Sekarang tidur.” Ulang Datin Fitrah lagi, lantas menutup lampu tidur dan melangkah keluar. Andy akur. Dan suasana biliknya terus menjadi gelap. Dia memandang siling biliknya.
Hatinya disoal pelbagai soalan. Sesungguhnya dia sendiri tertanya-tanya ke mana mamanya itu ingin membawanya esok. Esok dia perlu masuk ke tempat kerja dengan lebih awal.
Bagaimana ya? Hurm..  Sedang Andy berfikir, tiba-tiba sahaja matanya terkatup, membawa rohnya mengembara ke alam mimpi, meninggalkan jasadnya statik di atas katil.
****
“QUE! Bangun!” jerit Fatihah sambil bercekak pinggang. Queseira melekapkan kedua bantal kecil pada telinganya. Selimut ditarik dengan kuat. Fatihah menggeleng-gelengkan kepalanya. Liat betul!
“Bangunlah! Solat subuh! Susah betul nak kejutkan kau ni. Tiap-tiap pagi macam ni!” dengus Fatihah. Queseira hanya ‘memekakkan telinga’. Sesungguhnya Queseira tidak kisah langsung jika Fatihah mahu membebel sampai tahun depan sekali pun. Apa yang penting, dia mahu menyambung mimpinya yang indah itu.
Ouh Prince Charming!
Fatihah mengetap bibir, masuk kali ini sahaja sudah enam kali dia mengejutkan Queseira. Namun tiada tanda-tanda yang menunjukkan yang sepupunya itu akan bangun dari katil.
 Fatihah bergerak ke bilik air, mencapai cawan kecil yang diletakkan di dalam bilik mandi untuk berkumur. Lantas air paip diisi ke dalam cawan itu.
Setelah itu, Fatihah bergerak semula ke katil. Tanpa riak bersalah, Fatihah perlahan-lahan menuang air paip yang terisi di dalam cawan kecil itu tepat-tepat pada wajah Queseira. Bagaikan kucing yang terkena kejutan elektrik, serta merta Queseira bangun. Fatihah menahan tawanya.
“Kurang asam punya budak!” dengus Queseira. Fatihah hanya tersenyum.
“Bangun sekarang, solat subuh. Lepas tu, kalau kau nak tidur balik, lantak kaulah. Yang penting kau bangun sekarang!” arah Fatihah. Queseira melemparkan tubuhnya kembali ke atas katil.
“Tak makan saman langsung! Bangunlah! Kau ni.. Aku rakam jugak semua ni, kasi dekat boyfriend kau. Baru kau tahu!” ugut Fatihah. Mata Queseira menjadi segar, serta-merta. Fatihah tergelak.
“Tahu kau takut! Baru ugut sikit tu!” ujar Fatihah, masih dengan tawanya. Queseira menarik muncung panjang, geram dengan tindakan sepupunya itu. baru sahaja dia hendak menyambung pengembaraannya mencari putera idaman! Aduh!
“Cepatlah.. Dok termenung lagi tu pasai apa? Cepat-cepat!” arah Fatihah, lagaknya seperti mama Queseira pula. Queseira hanya mengeluh. Dalam hatinya dia menyesal mengajak sepupunya itu tidur di biliknya. Argh!
****
“MANA KEDAI TU?” soal Fatihah. Queseira memuncungkan mulutnya ke arah kedai yang mempunyai rekabentuk seperti sebiji donut itu. tertera nama kedai dengan simbol utama mereka, Donut Perfume House.
Fatihah mengangguk, kakinya segera melangkah ke arah kedai tersebut. Sementara Queseira masih lagi leka memandang pelbagai jenis anak patung beruang yang dijual di kedai yang berhampiran dengan Donut Perfume House.
Setelah mendapati Fatihah telah berlalu pergi, Queseira meletak kembali anak patung yang dipegangnya. Baru sahaja dia berniat untuk membeli anak patung tersebut. Semuanya gara-gara Fatihah, tidak sabar-sabar hendak pergi ke kedai minyak wangi tersebut.
Bahu Fatihah segera Queseira cuit. “Laju aje kau berjalan ea? Aku tercongok aje kau tinggalkan..” gerutu Queseira. Fatihah tergelak. Masakan sepupunya itu terasa hati. macam pelik pun ada juga. Selalunya Queseira susah untuk merajuk macam ni.
“Kau tu syok sangat tengok anak patung. Aku jalanlah.. Que.. Mana mamat tu?” soal Fatihah. Anak mata Queseira berkelintar ke seluruh kedai, mencari susuk tubuh yang pernah dia marahi, yang pernah dijeling sinis olehnya. Di mana agaknya dia?
“Tak adalah Faty.. Mana entah dia. Kut kena berhenti kerja agaknya..” Queseira mengagak.
“Kau ni pandai-pandai aje propa.” Komen Fatihah.  Queseira tergelak. Sedang mereka memerhatikan pelbagai minyak wangi yang ada di kedai tersebut, seorang lelaki yang berkulit putih datang dengan membawa risalah.
“Yes miss. May I help you,” soal lelaki itu. Seulas senyuman terbit di bibir Queseira. Fatihah memandang Queseira, manakala Queseira memandang Fatihah, pandangan mereka silih berganti sehingga jurujual yang bernama Nash itu jadi bingung.
“Nak tanya. Mana jurujual yang satu lagi tu?” Queseira main agak sahaja. Nash menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jurujual mana pulak ni?
“Which one?”
“Ada yang putih-putih.. Rambut spiky sikit. Last time I datang sini dia ada,” beritahu Queseira. Keterangannya langsung tidak membantu Nash mengenalpasti siapa jurujual yang dimaksudkan.
“Andy?” tebak Nash, kerana setahunya hanya ada tiga orang jurujual dan seorang cashiersahaja yang ditugaskan untuk menjaga cawangan di sini. Yang lain tidak pula Nash tahu.
“Yalah kut.. Mana dia?” soal Queseira, beria-ia. Seolah-olah dia kenal benar dengan lelaki yang bernama Andy itu.
“Dia belum sampai.. Ada masalah rasanya,” beritahu Nash, tanpa berselindung. Tapi hatinya disapa pelbagai soalan. Siapa dua perempuan dihadapannya ini? Mengapa pula kedua-dua mereka ini beria-ia mahu bertanya mengenai Andy. Terdetik perasaan cemburu di hati Nash.
“Boleh saya tahu.. Cik berdua ni siapa?”
“Tak ada siapa-siapa. Eh.. Saya nak cari perfume Escada..” Fatihah menukar topik. Dengan segera Nash membawa Fatihah ke arah rak minyak wangi perempuan. Queseira hanya berjalan sembari melihat rak minyak wangi lelaki.
 Sebuah botol minyak wangi yang berwarna hitam telah berjaya menarik perhatian Queseira. Segera Queseira mengecilkan anak matanya, melihat jenama minyak wangi tersebut. Sebelum ini tidak pernah dia mengetahui tentang kewujudan minyak wangi ini.
Polo Black.
Botolnya simple sahaja tetapi baunya sudah cukup memukau kalbu. Sungguh baunya menawan hati. Sebelum ini Queseira hanya mengetahui jenama Giorgio Armani dan Issey Miyaki sahaja. Itupun kerana papanya serta teman lelakinya memakai wangian jenama itu. Jika tidak, langsung dia tidak tahu!
“Que!” panggil Fatihah, Queseira tersentak. Baru sahaja dia hendak melihat minyak wangi yang lain. Huh! Queseira mendengus. Fatihah ni memang tak boleh nak tengok aku senang sikit! Bebel Queseira di dalam hati.
Sebuah botol minyak wangi dipegang oleh Fatihah. Queseira hanya memerhatikan, Fatihah mengukir senyuman nipis segaris. Keningnya diangkat sedikit, menunjukkan isyarat pada Queseira.
“Apa?” soal Queseira, tidak mengerti dengan isyarat yang ditunjukkan oleh sepupunya itu. Demam ke apa? Getus Queseira di dalam hati.
“Bayarlah..” Pendek sahaja kata-kata Fatihah. Queseira mengerti. Baru dia teringat janjinya pada Fatihah semalam. Kad kredit yang disimpan di dalam beg tangannya dikeluarkan, lantas dihulurkan kepada jurujual yang bernama Nash itu.
Setelah selesai membuat bayaran, Queseira dan Fatihah sama-sama melangkah keluar. Tidak sampai seinci mereka keluar dari kedai itu, Nash memanggil mereka berdua. Serentak, mereka berpaling.
“Ada apa?” Serentak juga mereka bertanya.
“Cik nak pesan apa-apa pada Andy?” soal Nash. Queseira memandang Fatihah, Fatihah jungkit bahu. Kemudian mereka memandang Nash semula.
“Tak ada. Pesan kat dia suruh pakai contact lens atau spectacles je time nak kerja. Rabun mengalahkan babun.” Ujar Queseira lantas berlalu pergi. Fatihah pula hanya mampu tertawa mendengar sindiran sepupunya itu. Nash terkedu.
****
“KITA nak pergi mana ni mama?” soal Andy pada Datin Fitrah yang sedang memandu. Datin Fitrah hanya tersenyum. Belum tiba masanya dia membuka mulut untuk memberitahu destinasi yang bakal mereka berdua pergi.
Soalan Andy tidak dijawab, hanya senyuman yang menjadi jawapan. Andy diam membisu lagi.
Anak matanya kembali menancap buku tulisan Audrey Niffenegger. Itulah hobi Andy, tidak kira dimana-mana sahaja, dia akan membawa sebuah buku dan memastikan masanya terluang dengan membaca. Membaca itu jambatan ilmu.. Bukan begitu?
“Andy masuk kerja pukul berapa?” soal Datin Fitrah. Andy memandang Datin Fitrah.
“Kenapa mama tanya?” soal Andy pada Datin Fitrah, dahinya berkerut.
“Tak ada apa. Sebab maybe kita lama sikit. Why not Andy mintak cuti je hari ni?” saran Datin Fitrah.
“Tak boleh mama. Andy kena pergi. Banyak kerja kena buat.” Kata Andy lagi. Datin Fitrah menggeleng-gelengkan kepalanya. Habis air liur sahaja bila bercakap dengan anak lelakinya ini.
Semuanya dia hendak buat sendiri, tak mahu dibantu. Alasan Andy cuma satu, dia mahu berdiri di atas kaki sendiri dan belajar berdikari. Justeru Datin Fitrah sangat tidak bersetuju dengan tindakan anak lelakinya yang senang-senang sahaja meletakkan jawatan sebagai CEO di syarikat milik suaminya itu.
Sudahlah meletak jawatan, malah Andy memohon menjadi jurujual pula di kedai minyak wangi. Semakin sebak Datin Fitrah memikirkan keadaan anak lelakinya itu. terngiang-ngiang kata-kata Andy sebelum memulakan hari pertamanya di kedai minyak wangi itu.
“Andy nak belajar dari bawahlah mama. Mana ada manusia terus senang dari atas. Mula dari bawah, nanti sampai ke puncak. Please ya mama..”
Hurm.. Hanya anggukan yang mampu dilakukan oleh Datin Fitrah. Itu sudah kehendak Andy, apa mahu buat? Belajar tinggi-tinggi sekalipun, tiada guna. Ada sahaja alasan yang akan diberikan oleh anak lelakinya itu sebaik sahaja dia menyuruh anaknya itu mencari pekerjaan lain.
“Yalah. Mama cuba cepatkan. Andy ni fanatik sangat kerja dekat situ. Mama tak faham apa benda yang menarik sangat kerja dekat situ,” bebel Datin Fitrah. Andy hanya diam membisu. Bibir terasa berat untuk membalas bebelan mamanya itu. Biarlah..
                                                                            **** 
Posted by _FaRiSiQa_ at 7:14 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

MEET THE OWNER !

MEET THE OWNER !
hey sygku semua . in Syafiqa . the owner of dis blog ! if like , do follow me yaww ? luv u all meyh . aw aww :-*
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

dear Mohammad Noor Faris Azman . luv u more than everything . syg awk cgt-3 !

Followers

 

Eren Ft.romi - Perubahan - 05 - Pelengkap Hidupku