-->
skip to main | skip to sidebar
Kisah_JiEyQa

Cintaku Semerbak Polo Black (final)


QUESEIRA tersentak saat Andy memegang kepalanya. Senyuman paling manis dihadiahkan buat suaminya itu.
Siapa yang tidak gembira apabila melihat suaminya sudah bangun dari koma! Dua bulan Queseira sabar menunggu. Mungkin tidak sesabar sikap Andy melayani tingkah lakunya dahulu!
Facemask yang membaluti wajah Andy dibuka, seperti yang dipinta oleh Andy. “Ya abang?” soal Queseira. Sejuk hati Andy saat Queseira memanggil dirinya dengan panggilan itu. Memang ini yang dinantikannya, sebelum matanya terkatup erat.
“Abang nak air..” pinta Andy dengan suara tersekat-sekat. Queseira memegang jari jemari suaminya dengan erat. Queseira menuang air mineral yang berada berdekatan dengannya dan memberikan pada Andy. Wajah Andy tampak pucat.
“Sayang..” panggil Andy. Queseira tersenyum.
“Nanti bukak almari abang dekat rumah ya?” pinta Andy.
“Kenapa abang?”
“Ada buku. Baca ya?” pinta Andy lagi.
“Yalah. Abang rehat dulu. Saya nak panggil doktor. Check keadaan abang,” Queseira meminta diri. Tangan Queseira dipegang erat oleh Andy.
“Tak payahlah. Abang nak tidur. Tak payah. Abang tak nak kena ganggu. Okey sayang?” kata Andy dengan suara tersekat-sekat. Queseira hanya mengangguk. Rambut suaminya itu dibelai penuh kasih. Andy merasa bahagia.
Saatnya telah tiba. Andy menarik nafas dalam-dalam, dia seakan sudah nampak cahaya yang hadir dari jauh. Dengan perlahan-lahan dia mengucap dua kalimah syahadah. Queseira sama sekali tidak menyedari keadaan suaminya itu.
“Abang..Alih tidur atas bantal ni. Nanti sakit leher,” kata Queseira dengan manja. Andy hanya diam membisu. Tiada reaksi. Dada Queseira berdebar. Katakan semuanya tidak!
Dia memegang dada suaminya, pergelangan tangan suaminya. Mata Andy terkatup erat, sambil sebelah tangannya memegang jari jemari Queseira dengan kuat, seakan tidak mahu melepaskan isterinya itu pergi.
Airmata Queseira tumpah. Inalillah..Akhirnya tiba masa suaminya itu menghadap Illahi. Queseira akur dengan ketentuan Tuhan. Dia mengucup dahi suaminya buat kali terakhir. Wajah suaminya itu tampak tenang sahaja, seakan orang yang sedang tidur.
Benarlah apa yang diminta oleh Andy sebentar tadi, dia tidak mahu diganggu. Dia mahu tidur. Inilah dia. Tidur buat selama-lamanya. Queseira bangun dari katil, dengan niat ingin memberitahu jururawat tentang keadaan suaminya itu. Entah mengapa, dia rebah!
****
Queseira berasa ralat. Dia menyesal dengan segala tindakannya dahulu. Dia tidak pernah menghargai Andy saat Andy masih ada. Dan kini, saat Andy tiada. Barulah dia merasa kehilangan. Benar-benar kehilangan.
‘Cinta abang ibarat pelita di malam hari, menerangi hati saya yang sunyi.. Kelam tanpa bintang, bulan pun bersembunyi di balik awan. Hembusan nafas abang menenangkan jiwa saya. Tapi.. Semua tu sudah tak ada lagi..
Di manakan saya cari pengganti. Sesuci cinta abang semurni hati abang.. Adakah kita bakal bertemu lagi di alam sana? Saya tetap cintakan  abang walaupun saya tidak berada bersama-sama dengan abang.’ Suara hati Queseira berbisik.
Laci almari suaminya itu dibuka. Dia tidak sempat untuk memberitahu Andy tentang berita gembira untuk mereka berdua. Suka dan duka. Queseira hamil dua bulan. Tapi apalah ertinya jika Andy tiada disisi?
Buku nota yang berada di dalam laci tersebut dikeluarkan. Terdapat beberapa contengan Andy yang begitu kreatif di atas kertas putih itu. Lakaran wajah Queseira turut ada. Hati Queseira dipagut rasa sayu. Sungguh dia merasakan ilalang yang berpendaran turut sama-sama mengiringi sebak di dadanya. 
andyloveseira.blogspot.com – my personal blog <3
Queseira tanpa membuang masa mencapai netbooknya dan segera menekan ikon Mozilla Firefox. Alamat yang ditulis di dalam buku conteng tersebut ditaip. Tidak sabar hatinya ingin mengetahui apa yang ada di dalam blog itu.
Sejurus sahaja membuka blog tersebut, hati Queseira menjadi sayu. Baris kata Andy membuatkan dirinya menjadi lemah. Lagu yang menjadi background blog ini membuatkan hati Queseira menjadi sayu. Lagu dendangan Samsons yang bertajuk Luluh seakan-akan sama benar dengan jiwanya kini.

Untuk Queseira..
Awak..awak nak tahu tak , walau macam mana pun awak tak suka saya tapi saya tetap suka awak sebab awak permata hati saya.. Lagi satukan , walau mcm mana pun awak benci saya tapi saya tetap sayang awak sangat-sangat sebab teman hidup saya!
Lagi kan awak.. Walau macam mana sekali kita gaduh pun kan , saya tetap takkan ambil hati sebab saya tak nak hubungan saya dengan awak hancur.
Awak.. Awak kalau awak sedih awak sebutlah nama saya ya awak? Sebab saya selalu doa yg awak akan sentiasa bahagia ,ni ada lagi ni awak..Kalau saya matikan awak ..Aawak jangan nangis ya. Nanti orang ejek awak cengeng. ;p
Awak nak tahu kenapa saya tak suruh awak nangis? Sebab Allah dah takdirkan mungkin sampai sini je hubungan kita ni tau , sebab kalau awak nangis..Saya pun sedih sebab saya susah la bila tengok awak bersedih. Saya tak nak tengok airmata awak tu jatuh. Mahal tu. Macam minyak wangi Escada dengan Bvlgari awak kan? ;)
 Last skali kan awak kan , saya tulis ni sebab nak blog ni tau satu saja awak , kalau la Allah izinkan saya dengan awak kekal hubungan kita ni awak kan , saya nak cakap yang saya sayang sangat-sangat kat awak.
Nanti masa saya dah tak ada kat bumi ni kan awak.. Awak simpan la ayat ni kalau awak nak.. Sebab saya takut yang Allah akan tarik balik nyawa dan hubungan kita ni awak , terima kasih awak sebab sudi jadi teman hidup saya ya.. Saya sayang awak.. Tu je saya nak awak tahu.
Saya nak awak tahu jugak,  saya akan tetap mencintai awak.. Walau ke planet Neptun awak pergi, walau saya ada di Bumi, saya akan setia menanti. Biarkan saya terbang di luar lingkup kawasan graviti, asal hati saya dan hati awak bersatu. Seperti intimnya matahari dan bulan. Seperti akrabnya bintang dan awan..
Queseira tidak dapat membendung perasaan sedihnya. Airmatanya jatuh berguguran bagaikan hujan. Di dalam bilik ini, dia dapat menghidu aroma wangian yang sering Andy gunakan. Polo Black. Wangian tersebut menusuk hidungnya.
Seakan-akan Andy ada berkeliaran di sekelilingnya. Queseira menyeka airmatanya. Perkara yang lalu usah dikenang.. Selalunya Andy akan mengusiknya dengan pelbagai kata-kata yang lucu dan sindiran. But those days were gone..
‘Cinta Andy akan aku bawa walau aku harus bergadai nyawa. Biar halilintar membelah bumi, biar aku dipanah petir, biar aku tercampak ke gunung berapi. insyaAllah, aku akan setia padanya.’
Queseira memegang perutnya.
“Mama akan jaga anak mama, inilah satu-satunya harta yang papa tinggalkan pada mama.” Queseira memeluk baju yang sering dipakai oleh Andy. Hatinya mengumam.
Life is so unpredictable, tidak selalunya berakhir dengan ceria. Queseira telah belajar dari kesilapan. Hargai orang yang menyayangi kita saat hayatnya masih ada. Jangan sakiti hatinya. Andai masa mampu diundur, Queseira mahu memperbaiki dirinya. Tetapi semua itu telah terlambat.
Biarlah aku hidup dengan memori yang baru. Memori bersama dengan Andy akan aku sisipkan kemas di dalam diari hidupku. Tapi ini janjiku, aku akan jaga anakku hingga dewasa. Biar dia sempurna, seperti papanya juga. Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan pada aku.. Amin..
Queseira melelapkan matanya, kini dia beralih ke alam mimpi. Semoga sahaja dia bertemu dengan Andy di dalam mimpi nanti. Mudah-mudahan. Bagi Queseira, cinta Andy tiada tolok tandingan. Jika Shah Jehan mendirikan Taj Mahal buat Mumtaznya, Andy lebih besar dan agung cintanya. I love you, Andy..

TAMAT
Posted by _FaRiSiQa_ at 7:04 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

MEET THE OWNER !

MEET THE OWNER !
hey sygku semua . in Syafiqa . the owner of dis blog ! if like , do follow me yaww ? luv u all meyh . aw aww :-*
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

dear Mohammad Noor Faris Azman . luv u more than everything . syg awk cgt-3 !

Followers

 

Eren Ft.romi - Perubahan - 05 - Pelengkap Hidupku