-->
skip to main | skip to sidebar
Kisah_JiEyQa

Cintaku Semerbak Polo Black (8)

Tengku Zila dan Datin Fitrah berada di luar bilik pembedahan. Keadaan Andy kritikal! Semua anggota keluarga menunggu dengan sabar. Fatihah turut ada. Hanya Tuhan yang tahu perasaan Fatihah ketika ini. Bergelora ibarat dilanggar dengan tsunami yang maha dahsyat!
Queseira pula sedari tadi hanya membisu. Dia seakan-akan menyesali perbuatannya. Mungkinkah Andy jadi begitu kerana perbuatannya tadi? Queseira merasakan dirinya yang bersalah di dalam hal ini.
Fatihah memegang bahu Queseira. Queseira mengangkat muka.
“Kau nak tahu kenapa aku jauhkan diri dari kau?” soal Fatihah. Queseira mengangguk, lemah.
“Andy tu bekas teman lelaki aku. Aku sayang sangat dekat dia. Dia lelaki yang baik. Aku jauhkan diri dari kau sebab aku tak sanggup tengok engkau bahagia dengan dia. Dalam hati aku tak habis-habis menyumpah kau. Maafkan aku. Tapi aku memang tak dapat nak kawal perasaan aku. Kau beruntung Que. Kau beruntung sebab memiliki Andy. Tapi aku tengok kau seolah-olah mengabaikan je dia. Sebab tu haritu aku naik angin dengan kau. Kau ingat?” panjang lebar Fatihah berkata. Queseira tergamam.
“Ada suatu hari tu aku jumpa Andy. Aku cakap dengan dia, aku nak hubungan aku dengan dia kembali macam dulu. Aku tahu dia tak ada perasaan dekat kau. Sama jugak macam kau. Kau nak tahu apa jawapan Andy?” Soal Fatihah, airmatanya bergenang.
“Dia cakap yang dia sayangkan kau. Dia takkan biarkan kau berseorangan sebab dia tahu kau pernah ditipu oleh lelaki. Jadi dia tak nak macam tu. Dia nak miliki kau. Dia cintakan kau Que. Kau tak perasan ke tu?” kata Fatihah lagi. Queseira tunduk membisu.
“Engkau tak tahu satu benda lagikan?” Fatihah menyoal Queseira. Queseira menggelengkan kepalanya.
“Dia ada penyakit barah otak. Sebab tu aku sedih sangat sekarang ni. Aku dapat tahu ni pun dua hari lepas. Mama dia yang beritahu. Dia tak nak orang lain tahu. Dia tak nak orang lain bersedih sebab dia. Kau tak tahu benda tu?” perlahan sekali Fatihah menuturkan.
“Aku cuma minta kau doakan dia sihat. Semoga dia tak apa-apa sekarang ni,” pinta Fatihah, bersungguh-sungguh.
Queseira terjeda. Airmatanya sudah tumpah. Dia menahan sebak. Entah bagaimana dia merasakan benteng hatinya yang degil itu mulai rapuh. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh menangis.
Sebaik sahaja seorang doktor wanita keluar dari bilik pembedahan, masing-masing menerpa doktor wanita itu dengan seribu pertanyaan. Doktor wanita itu bijak mengatur keadaan.
“Pesakit berada dalam keadaan tak stabil. Dia berada dalam keadaan koma. Saya rasa Datin sendiri dah tahu tentang penyakit anak Datin ni. Dia menghidap barah otak tahap empat. Memang sukar untuk sembuh, tapi kuasa Allah, tak siapa yang tahu. Doakanlah keadaan dia kembali seperti sediakala.” Ujar Doktor Byla dengan wajah yang manis.
Saat itu terdengar tangisan Datin Fitrah, Fatihah, Tengku Zila dan paling mengejutkan Queseira! Dato’ Ikram hanya mampu berselawat sahaja, mendoakan keadaan anak lelakinya itu kembali seperti sediakala. Doktor Byla memeluk Datin Fitrah, menenangkan wanita itu sembari meminta wanita itu banyak berdoa.
****
QUESEIRA menunggu di wad unit rawatan rapi (ICU) dimana Andy ditempatkan. Setiap hari beginilah rutinnya. Setiap hari juga tangannya memegang erat jari jemari milik Andy. Andy dibantu dengan alat bantuan hospital. Queseira menjadi sebak.
Saat Andy begini, barulah Queseira sedar yang dia merindui lelaki itu. Dia cuma berharap Andy akan sedar semula dan mengusik dirinya, setiap hari! Sumpah! Dia tidak kisah kalau perlu tidur sebilik dengan Andy!
“Andy.. Please.. Wake up!” bisik Queseira perlahan pada cuping telinga Andy. Air matanya gugur.
“Puan..” panggil Doktor Byla. Senyuman nipis dihadiahkan.
“InsyaAllah dia akan kembali seperti sediakala. Berdoalah.” Kata Doktor Byla lantas memegang bahu Queseira yang tampak lesu itu.
“Doktor. Saya nak tahu.. Macam mana dia boleh kena penyakit ni?” tiba-tiba sahaja Queseira bertanya. Doktor Byla menarik nafas dalam-dalam.
“Begini.. Tanda-tandanya memang dah ada dari awal. Entahlah. Sebelum ni saya memang rawat Andy. Tak ada pula apa-apa tanda. Tapi semua tu dapat saya kesan bila Andy mengadu dekat saya tiga bulan lepas. Andy ada kata dia hilang daya imbangan terutamanya bila dia sakit kepala.
Saya rasa macam tak kena, so saya buat diagnosis. Hasilnya, saya dapati Andy menghidap penyakit barah otak tahap empat.  Terus terang saya cakap, saya memang terkejut. Saya tahu harapan untuk Andy memang tipis. Tapi.. Puan jangan putus asa. Allah sentiasa ada.” Panjang lebar Doktor Byla memberitahu. Queseira tertunduk lemah.
****
SUDAH empat hari Andy ditempatkan di dalam wad ICU. Hari ini hari keempat Queseira menjaga suaminya itu dengan sabar. Setiap hari dia akan membacakan puisi pada suaminya itu.
Hari ini, dia akan membacakan puisi lagi. Seperti tiga hari sebelumnya. Pada waktu pagi, dan juga waktu malam.
“Saya ingin kembali ketawa akan gurauan abang, saya ingin menatap pandangan mata abang, saya dahagakan belaian jemari abang, saya kepingin mendengar alunan bisikan cinta abang.
Maafkan saya andai lewat memahami erti cinta. Beri saya peluang untuk menggapai cinta abang. Biar cinta tertanam di bawah kerak bumi, biar cinta tinggi di puncak gunung, biar cinta di celahan pohon berduri seribu.. saya akan jejak cinta abang.. jangan pergi tinggalkan saya saat ini.
Abang mengajar saya cara mencari cinta, tapi abang belum mengajar saya cara melupai cinta.” Airmata Queseira jatuh menitis. Dia cuma berharap Andy dapat mendengar segala yang dikatakan olehnya.
****
SEMINGGU berikutnya, Queseira masih lagi meneruskan rutin hariannya seperti biasa. Di samping berdoa, dia tidak henti-henti berbual dengan Andy. Walaupun Andy tidak memberi apa-apa respons.
“Cinta tulus abang cahaya hidup saya.. hanya sebutir bintang di langit,saya rasakan ia menerangi sepanjang malam.. tanpa cinta abang kini, biar sejuta bintang malam bertaburan, biar bulan terpancar terang, cahayanya belum mampu menyinari malam sepi saya.. Bangunlah abang. I miss you..” ucap Queseira. Seperti biasa, Queseira hampa.
                                                                              ****
Posted by _FaRiSiQa_ at 7:05 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

MEET THE OWNER !

MEET THE OWNER !
hey sygku semua . in Syafiqa . the owner of dis blog ! if like , do follow me yaww ? luv u all meyh . aw aww :-*
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

dear Mohammad Noor Faris Azman . luv u more than everything . syg awk cgt-3 !

Followers

 

Eren Ft.romi - Perubahan - 05 - Pelengkap Hidupku