-->
skip to main | skip to sidebar
Kisah_JiEyQa

Cintaku Semerbak Polo Black (4)

RUMAH yang seakan istana itu tersergam indah di atas bukit. Datin Fitrah menekan pedal minyak dan memasuki halaman rumah yang persis di dalam kayangan itu. pelbagai jenis kereta tersusun kemas. Lamborghini, bugatti, Ferrari, sebut sahaja, semuanya ada.
“Rumah siapa ni mama?” pantas Andy bertanya.
“Kawan mama. Dah. Jom turun.” Jawab Datin Fitrah. Perlahan-lahan mereka berdua mengatur langkah, masuk ke dalam rumah. Di pintu besar, seorang wanita yang agak berusia menanti Andy dan Datin Fitrah.
Tanpa membuang masa, Datin Fitrah memeluk wanita tersebut dan mencium kedua belah pipi wanita tersebut.  Andy sekadar memerhati. Dia sendiri tidak mengerti dengan apa yang berlaku sekarang. Siapa wanita yang dipeluk oleh mama ini?
“Ni ke Andy? Dah besar panjang.. Segak pulak tu.. Dah, dah.. Mari kita masuk..” puji wanita itu. andy terkedu lagi. Bagaimana pula dia boleh mengetahui nama aku? Soalan terus berputar di kepalanya.
Hati terus mendesak, bibir pula terasa ringan sahaja hendak bertanya tetapi Andy mengurungkan niatnya itu. sebentar lagi pasti mama akan menjelaskan tentang perkara yang sebenar.
****
“SELAMBA badak aje kau sindir mamat tu,” kata Fatihah sambil mengunyah kentang goreng Mc’D. Queseira memusingkan bebola matanya ke atas.
“So? Ada aku kisah?” jawab Queseira, pantas.
“Ada aku kata engkau kisah ke? Aku kata kau selamba aje sindir mamat tu. Tak faham bahasa betul minah sorang ni,” kutuk Fatihah lantas ketawa. Queseira mengetap bibir.
“Whatever,” Queseira menghirup air minuman McFizznya. Fatihah menjeling sepupunya tajam.
“Kau ni quite annoying jugakkan?  Macam manalah boyfriend kau boleh tahan dengan kau ni.. Kalau akulah, dah lama aku tinggalkan kau. Biar kau terkulat-kulat menangis,” spontan Fatihah berkata.
Queseira mengangkat muka, memandang wajah sepupunya itu tepat-tepat, 90 darjah,perpendicular! Matanya membara, seakan mahu sahaja dia menelan Fatihah yang baru sahaja mengatakan sesuatu yang menyakitkan hatinya.
“Kau ingat aku heran sangat ke kalau kena tinggal pun? Hello? Satu pergi, sepuluh yang datang tau..” kata Queseira meniru dialog seniwati Sarimah di dalam filem 3 Abdul. Fatihah mencebik.
“Kalau sepuluh yang mari tu semua macam kongkang buat apa!” Sindir Fatihah. Queseira mengetap bibir.
Fatihah memang sengaja mencari fasal pada hari ini, sudah agak lama dia tidak mengusik Queseira. Jadi, biarlah masa yang ada sekarang ini diisi dengan mengusik sepupunya yang dikenali dengan sikap yang sensitif itu!
“So? Ada aku kisah?” kata-kata itu mematikan bicara Fatihah. Sungguh si Queseira ini sudah tidak ada kata-kata lainkah? Asyik ulang kata-kata yang sama sedari tadi. Meluat pula rasanya.
****
“KAK MAH, tolong sediakan minuman.. Ada tetamu,” laung wanita yang agak berusia itu. Seketika itu dia memerhati wajah Andy. Andy memalingkan wajahnya ke arah lain. Sungguh dia rasa tidak selesa jika diperhatikan sebegitu rupa.
Datin Fitrah pula sedari tadi hanya tersenyum meleret. Andy masih terus menunggu penjelasan dari mamanya itu. Apa semua ni? Itu yang terlintas di kepalanya sejak dari tadi. Soalan yang sama berulang-ulang. Selagi jawapan tidak dicapai, selagi itu perasaan Andy tidak tenang.
“So, macam mana ni Fit. You dah bincang dengan suami you?” Wanita itu bersuara. Datin Fitrah laju sahaja mengangguk.
“Tuan punya badan?” soal wanita itu lantas memandang Andy yang sedang menaip sesuatu pada Blackberrynya. Merasakan dirinya diperhatikan oleh wanita itu, Andy mengangkat muka.
“Cubalah Kak Engku tanya sendiri,” ujar Datin Fitrah sembari menepuk bahu Andy dengan perlahan.
Andy semakin hairan. Dia merasakan dirinya seperti patung pula kini. Satu patah perkataan yang dituturkan oleh wanita itu dan mamanya langsung tidak difahami. Apa semua ni? Soalan itu berulang lagi. Entah buat kali ke berapa.
“Andy, ni auntie nak tanya.. Andy dah ada girlfriend?” Wanita itu terus bertanya. Andy tersentak.
Akalnya memikirkan sesuatu. Kenapa wanita itu bertanya? Adakah mama mahu menjodohkan aku dengan wanita yang berusia di hadapan aku ini? Oh tidak! Hati Andy menjerit nyaring, namun hanya dirinya sendiri sahaja yang dapat mendengar.
“Kenapa?” Soalan dibalas dengan soalan.
“Auntie nak tanya aje. Ada kaji selidik..” kata wanita itu lagi.
“Andy..” Datin Fitrah bersuara. Anaknya itu kelihatan ragu-ragu untuk memberikan jawapan. Pasti juga anak lelakinya itu akan berbohong tentang statusnya sekarang ini. Sama ada sudah berpunya ataupun belum.
Andy melihat wajah mamanya, lantas dia menggeleng. Wanita yang duduk di hadapan Andy itu mengucapkan syukur, begitu juga dengan Datin Fitrah. Andy semakin keliru. Apa yang sedang direncanakan oleh mereka sebenarnya ini?
“Andy.. Ni Tengku Zila. Mama kenalkan, dia kawan mama.” Akhirnya Datin Fitrah memberi penjelasan. Tengku Zila hanya tersenyum.
Andy mengangguk. Sekarang ini barulah jelas. Jika tidak, dari tadi dia hanya termangu mendengar perbualan dua orang insan yang bergelar wanita di hadapannya ini.
“Begini Andy.. Auntie rancang..”
****
FATIHAH menarik lengan Queseira dengan kuat, memasuki sebuah butik pakaian yang berjenama di pusat beli belah itu. Queseira hanya menurut. Mujurlah dia juga seperti Fatihah, jika tidak pasti Fatihah akan berasa bosan sepanjang keluar bersamanya. Fikir Queseira.
“Tak penat ke?” soal Queseira.
Fatihah menggeleng. Mana taknya, masuk ini sahaja sudah berapa kali Fatihah singgah minum. Sebab itulah tidak terasa penat.
Nampak sahaja restoran, mereka akan berhenti. Nampak sahaja kafe minuman, mereka berhenti. Sehinggakan perut Queseira terasa senak hari ini. Terlalu banyak makanan yang dimakannya hari ini.
Sepatutnya hari ini Queseira tidak dibenarkan untuk menyentuh nasi mengikut apa yang telah dijadualkan oleh dirinya sendiri. Tidak sangka pula hari ini dia telah tergoda dengan ajakan Fatihah untuk menjamah nasi. Bukan sekali, tapi dua kali!
Sepasang mata Queseira mengecil tatkala melihat seorang lelaki yang turut berada di dalam butik tersebut. Hatinya terbakar tiba-tiba. Sungguh tak disangka! Ini rupanya yang kau balas dekat aku! Kutuk Queseira di dalam hati.
Air minuman Chocolate Latte masih berada dalam genggaman tangan, kakinya laju mengorak langkah mendekati lelaki tersebut. Dengan segera dia menuang air minuman yang dipegangnya itu ke baju lelaki itu. Rasakan kau!
“Damn it! Kau apasal hah!” maki lelaki itu. Queseira berlagak selamba.
“Eh mamat.. Agak-agaklah. Kau dah kaut duit aku, lepas tu kau boleh laburkan duit kau dengan minah ni?” Queseira menuding jarinya pada wanita yang berada dalam pelukan lelaki itu.
“Itu hak aku. Dah jadi milik aku. Bukan masalah kau,” tengking lelaki itu lagi. Fatihah yang sedang asyik memilih pakaian tiba-tiba sahaja tersentak. Dari jauh dia memerhatikan Queseira yang berdiri bagaikan mahu menumbuk lelaki di hadapannya.
Tunggu sekejap! Lelaki tu! Teman lelaki Queseira! Teman lelaki Queseira yang sombong itu! benarlah! Itulah dia! Hati Fatihah menjerit-jerit.
Lelaki itu memandang Queseira dengan tajam. Mereka menjadi perhatian umum kini. Semua yang berada di dalam butik tersebut terjeda seketika, memerhatikan ‘drama swasta’ yang berlaku secara spontan dan tanpa skrip itu.
“Kau dengar sini eh Que. Mula hari ni.. Kita putus!” jerkah lelaki itu. queseira membuat memek muka tanda mengejek.
“Ada aku kisah ke Jack? Kau tu aje yang tak boleh hidup tanpa aku sebab kerja kau tu mengikis harta perempuan aje. Dasar pisau cukur..” jawab Queseira dengan suara yang kuat. Wajah lelaki itu sudah berbahang, terasa malu dengan kata-kata Queseira itu.
Segera Jack dan teman wanita barunya itu berlalu keluar dari butik tersebut. Baju yang mahu dibeli diletak begitu sahaja. Queseira tersenyum puas. Di sebalik kegembiraan itu, terdetik juga perasaan sedih dalam dirinya.
Queseira merasakan dirinya dipermainkan. Patutlah selama ini Jack banyak memberi alasan untuk keluar bersama-sama. Sungguh menyakitkan hati! memang semua lelaki begitu ke? Hati Queseira menjerit. Masuk kali ini, sudah tiga kali dia gagal dalam percintaan!
Melihat kekerutan pada wajah sepupunya itu, Fatihah memeluk bahu sepupunya itu dan berlalu keluar dari butik berkenaan. All she needs is a cool drink. Getus hati Fatihah. Risau dia melihat keadaan Queseira yang tampak berpura-pura mengukir senyuman itu.
Fatihah sendiri faham dengan keadaan yang menimpa Queseira ini. Perkara seperti ini memang selalu berlaku. Oleh sebab itulah seseorang pasangan itu harus mengenali hati budi pasangannya sebelum menjalinkan hubungan cinta.
Jika cinta dinilai dari faktor rupa, beginilah jadinya. Queseira learnt from her lesson. Mereka berdua berhenti di sebuah kafe minuman yang berdekatan dengan butik tersebut. Queseira memegang kepalanya. Terasa ingin sahaja dia menghentak kepalanya itu ke atas meja. Dia menyesali dengan apa yang pernah berlaku
“Faty.. Bodoh sangat ke aku?” Queseira menyoal sepupunya itu. fatihah menggeleng.
“Tak. Kenapa kau tanya ni?”
“Aku bodoh sebab percayakan dia! Aku bodoh sebab belanjakan duit aku dekat dia. Aku tak tahu yang dia sebenarnya cintakan duit aku aje. Bukan aku!” Queseira merintih, airmatanya gugur. Fatihah mengeluarkan tisu yang disimpannya di dalam beg, laju sahaja dia menyeka airmata sepupunya itu.
“Sabar Que.. Anggap semua ni dugaan. Lepas ni kau kena lebih berhati-hati. belajar mengenali hati budinya dulu.” Fatihah memberikan nasihat.  Queseira merasa sebak.
“Aku serik nak bercinta Faty. Aku tak percaya pada lelaki. Aku benci!” ujar Queseira lagi. Fatihah menggosok-gosok bahu Queseira dengan perlahan.
“Jangan cakap macam tu Que. Kau kena tahu yang setiap manusia di muka bumi ni perlu berkahwin. Kahwin itu tuntutan agama. Macam mana kalau kau nak kahwin tapi kau tak percaya pada lelaki? Sedangkan lelaki itu perlu untuk kita mendirikan rumahtangga. Persepi kau salah Que. Tak semua lelaki tu jahat. Ada juga yang baik. Cuma aku minta kau ubahlah cara kau menilai seseorang tu. Kau jangan nilai luarannya Que. Kau kena pastikan dia benar-benar sukakan kau.  Aku tak nak tengok lagi kau macam ni,” panjang lebar Fatihah berkata. Queseira hanya mendiamkan dirinya. Betul juga apa yang dikatakan tadi itu.
Perbualan mereka terhenti saat pelayan membawa dua gelas minuman miik mereka berdua. Setelah menghirup air minumannya Queseira kembali memandang wajah Fatihah.
“Pendapat kau sekarang ni apa?” soal Queseira.
“Forget about loves. It will invite you, soon. Kau kena bersabar.” Saran Fatihah. Queseira mengangguk. Sudahlah, selepas ini dia tidak mahu membebankan kepalanya dengan cinta. Biarlah cinta itu datang sendiri, ikhlas dari hati.
Why is love so complicated! I hate it that he can’t seem to understand what I feel. He melts my heart and now he left me? Awesome! Suara hati Queseira berbunyi lagi.
****
Andy hanya diam membisu di dalam kereta. Dia hilang kata-kata. Apa lagi dia mahu katakan? Gila.. Rancangan gila mama! Huh.. Apalah daya hendak membantah, memang sedari dulu lagi mamanya itu akan mengatur urusan hidupnya. Hendak membantah, pasti akan dianggap derhaka. Andy mengeluh.
“Andy tak setuju ke dengan rancangan mama tu?” soal Datin Fitrah. Pantas Andy memandang wajah mamanya itu yang sedang memandang jalanraya. Andy tersenyum tawar.
“Tak ada pun. Setuju je..” jawab Andy, nada suaranya mendatar. Datin Fitrah memandang anak lelakinya sekilas.
“Kalau Andy tak setuju, cakap je dengan mama. Andy jangan simpan dalam hati. tak elok. Kan mama dah ajar,” Datin Fitrah memberi nasihat. Andy tersenyum. Dia merasakan dirinya terlalu dimanjakan.
Andy sudah berusia dua puluh sembilan tahun, dan dia juga merupakan bekas pramugara dan bekas CEO. Tapi Datin Fitrah memintanya untuk meletak jawatan sebagai pramugara kerana Datin Fitrah bimbangkan keselamatan anak lelakinya itu. Andy akur dengan arahan mamanya.
Buat kesekian kalinya, dia rasakan dia mahu membantah apa-apa sahaja tindakan mamanya itu. tidak salah bukan? Sampai bila dia mahu dikawal oleh mamanya? Dia sudah dewasa, dia mahu belajar berdikari. Susah sangatkah?
“Ma..” Andy bersuara. Datin Fitrah mengangguk.
“Apa dia Andy?” soal Datin Fitrah.
“Andy nak mintak tolong sesuatu kat mama boleh tak?” lirih sahaja nadanya. Datin Fitrah memandang jalanraya dengan dahi yang berkerut.
“Tolong apa dia?”
“Mama tolong jangan anggap Andy macam budak-budak lagi boleh tak ma? Andy bukan bermaksud nak kurang ajar ke apa ke.. Tapi please mama.. At least give me a chance to stand with my own two feet. Boleh?” yakin sekali Andy berkata. Datin Fitrah tersentak.
Baru kali ini anak lelakinya itu bersuara. Adakah aku terlalu mengongkong kehidupannya sehingga dia rasa tertekan? Adakah aku seorang ibu yang terlalu mendesak? Datin Fitrah bermonolog.
“Kenapa Andy cakap macam tu?” Lembut Datin Fitrah bertanya. Andy memandang ke luar tingkap.
“Tak adalah mama. Andy nak belajar berdikari.. Please mama. Andy tak nak bergantung terus macam ni ma..” Andy mengeluh. Datin Fitrah tersenyum tawar. Seingatnya baru kali ini anak lelakinya itu tampak gundah.
Mungkin selama ini Andy banyak mendiamkan diri dan tidak meluahkan apa-apa kepada aku. Fikir Datin Fitrah. Andy lebih banyak memendam perasaanya sendiri, anak lelakinya itu tidak pernah meluahkan keresahan yang bersarang di dalam hatinya itu.
Andy berbeza dengan anak sulungnya, Iveena.. Iveena sering merungut andai Datin Fitrah merancang sesuatu untuknya, ada sahaja yang dibantah oleh Iveena. Tetapi Andy tidak begitu, apa yang disuruh oleh mamanya itu, begitulah dia akan ikut. Jika A, A lah.. Kalau B, B lah..
“Mama bukan bermaksud nak kongkong hidup Andy. Tapi at least Andy fahamlah kenapa mama buat macam ni dekat Andy. Mama nak tengok Andy hidup bahagia. At least, for the last time.. Andy tolong dengar cakap mama. Lepas ni kalau mama dah tak ada kat dunia ni, Andy ikutlah kata hati Andy sendiri.. mama tak akan ada nak atur hidup Andy.” Sayu sahaja Datin Fitrah berkata. Andy jadi sebak.
Perasaan bersalah menyergah dirinya kerana membuatkan mamanya berkecil hati. andy tidak senang duduk. Seharusnya dia tidak berkata begitu pada Datin Fitrah. Andy menyesal.
“Mama.. Andy minta maaf.” Perlahan Andy menuturkan. Datin Fitrah menahan alur sebak di wajahnya.
Dia juga terasa bersalah pada anak lelakinya itu. Selama ini dia terlalu menyekat hala tuju Andy. Sedangkan Andy lelaki, seharusnya dia menyekat apa yang Iveena lakukan, tapi kali ini terbalik pula.
“Tak apa Andy.. Lepas ni.. Mama janji dah tak aturkan hidup Andy. Andy buatlah cara Andy. Ni last time mama minta.. penuhi permintaan mama okey?” pinta Datin Fitrah. Andy hanya mengangguk.
Air liur ditelan. Pahit rasanya. Namun walaubagaimana pahit sekalipun, dia harus akur pada rancangan mamanya. Semuanya telah dibincangkan.
Andy terasa geram juga kerana sebelum ini mamanya tidak pernah membicarakan apa-apa mengenai hal ini, tidak alih-alih sahaja dia dibawa berjumpa dengan Tengku Zila. Semuanya terlalu cepat!
                                                             ****
 
Posted by _FaRiSiQa_ at 7:14 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

MEET THE OWNER !

MEET THE OWNER !
hey sygku semua . in Syafiqa . the owner of dis blog ! if like , do follow me yaww ? luv u all meyh . aw aww :-*
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

dear Mohammad Noor Faris Azman . luv u more than everything . syg awk cgt-3 !

Followers

 

Eren Ft.romi - Perubahan - 05 - Pelengkap Hidupku