-->
skip to main | skip to sidebar
Kisah_JiEyQa

Cintaku Semerbak Polo Black (5)

“ASSALAMUALAIKUM,” Queseira menolak daun pintu dan mengatur langkah menaiki anak tangga. fatihah hanya mengekori langkah sepupunya yang lesu itu. Tengku Zila yang sedang memberi ikan peliharaannya makanan di akuarium memandang anak perempuannya itu sekilas.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Segera Tengku Zila meletakkan makanan yang dipegangnya tadi di atas meja dan pantas dia berlari anak, mengejar Queseira dan Fatihah.
“Eira!” panggil Tengku Zila. Queseira berpaling, anak tangga baru beberapa tapak dinaiki.
“Apa dia bonda?” soal Queseira dengan suara yang perlahan. Matanya kelihatan sembab. Tengku Zila merapati anak perempuannya itu.
Tersentak juga Queseira memerhatikan bondanya yang tiba-tiba sahaja berada di rumah. Seingat Queseira, bondanya itu mempunyai mesyuarat dengan persatuan wanita hari ini. Bagaimana pula boleh berada di rumah? Hati Queseira tertanya-tanya.
“Mata tu kenapa? Eira menangis ke tadi?” duga Tengku Zila. Queseira pantas menggeleng. Masakan dia mahu menceritakan apa yang telah berlaku di pusat beli belah tadi pada bonda? Ah gila!
Fatihah bijak menukar topik, dengan segera Fatihah memeluk mak cik saudaranya itu dan menyandarkan bahunya dengan manja.
“Auntie..  Faty terasa nak makan spaghetti bolognese la.. Apa kata auntie masakkan? Dah lama tak rasa masakan auntie.. Mesti makin meletup.” Puji Fatihah.
“Nanti dulu Faty. Nak puji auntie pun nanti-nanti la.. Tunggu dulu. Biar auntie interrogateEira ni dulu.” Kata Tengku Zila, tegas nadanya. Fatihah hanya diam sejurus Tengku Zila berkata begitu.
Queseira mengeluh. Hish bonda ni.. Dahlah tengah penat.. Takkan nak soal siasat benda-benda macam ni? Lecehlah... dengus Queseira di dalam hati.
“Eira terpicit sos cili sampai kena kat mata, masa kat KFC tadi, sebab tu mata Eira nampak macam lebam sikit. Tak ada benda lain,” Queseira memberi alasan. Tengku Zila mengangkat sebelah keningnya, terasa sukar hatinya untuk mempercayai kata-kata anak perempuannya itu.
“Alasan tak munasabah langsung.” Kata Tengku Zila. Queseira mengeluh.
“Bonda .. Please la.. Orang penat ni.. Nak tidur.. Nak rehatkan diri..” keluh Queseira. Tengku Zila menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Jangan tidur dulu. Bonda ada benda nak bincang dengan kamu berdua,” tegas sekali nada Tengku Zila. Queseira menggaru kepalanya yang tidak gatal sembari mengeluh buat kali kedua. Fatihah hanya diam membisu.
“Yalah.. Kasi orang dengan Faty mandi dulu.” Queseira memberi alasan. Tengku Zila hanya mengangguk. Langkah diatur kembali menuju ke akuarium. Ikan-ikan kesayangannya itu perlu diberi makan.
****
“AWAL balik hari ni Andy?” soal Dato’ Ikram. Datin Fitrah mengambil tempat, duduk bersebelahan suaminya yang sedang membaca suratkhabar itu. andy hanya senyum tawar, sembari menyandar lehernya pada sofa yang empuk itu.
“Andy tak kerja hari ni.. Mama bawak dia pergi jumpa seseorang,” beritahu Datin Fitrah. Dato’ Ikram angkat muka, suratkhabar yang dipegang terus dilipat.
“Kak Engku?” tebak Dato’ Ikram. Datin Fitrah mengangguk.
“Dah tanya pendapat Andy la ni?” ramal Dato’ Ikram lagi. Datin Fitrah mengangguk lagi. Andy pura-pura tidak mendengar perbualan antara mama dan papanya. Matanya dipejam rapat.
“Andy?” panggil Dato’ Ikram. Andy membuka matanya.
“Ya papa?” Kedudukannya di kerusi dibetulkan sedikit. Datin Fitrah hanya tersenyum.
“Setuju?” soal Dato’ Ikram. Andy mengangguk, perlahan. Dato’ Ikram  mengangguk sembari tersenyum.
Dia tahu anak lelakinya itu mendengar kata, memang sejak dari dulu lagi dia sudah mendidik Andy supaya mendengar apa yang disuruh oleh orang tua. Justeru, sehingga kini Andy tidak pernah membantah apa yang disuruh olehnya.
 Itu tanggapan Dato’ Ikram. Dia tidak tahu yang anak lelakinya itu rasa terkongkong. Dia akan menyuruh anaknya itu mengikuti segala arahannya. Sedari dulu, hingga kini, Andy hanya menurut tanpa membantah.
“Andy dah pernah jumpa dia belum?” soal Dato’ Ikram. Dahi Andy berkerut.
“Jumpa siapa?” soal Andy.
“Perempuan tu la..” kata Dato’ Ikram lagi. Andy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya.
“Bila nak jumpanya?” soal Dato’ Ikram lagi. Andy jungkit bahu.
“Aish budak ni.. Takkan semua tu nak tunggu papa dengan mama uruskan jugak? Ni soal masa depan Andy..” bebel Dato’ Ikram. Belum sempat dia meneruskan bebelannya, Datin Fitrah menyampuk.
“Tak apa.. Nanti mama tolong jumpakan Andy dengan budak perempuan tu.” Dua pasang mata yang berada di hadapan Datin Fitrah memandang Datin Fitrah dengan tepat. Datin Fitrah berlagak selamba.
“Siapa nama dia?” Andy membuka mulut. Seingatnya sejak dari tadi dia mendiamkan diri, seperti kurang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Baru sekarang terasa ringan sahaja mulutnya ingin bertanya.
“Risya.” Jawab Dato’ Ikram dan Datin Fitrah serentak. Andy sekadar mengangguk. Dia pantas berdiri dan meminta diri untuk naik ke biliknya.
 Langkah longlai diatur, dia mahu mengerjakan solat, dia mahu meminta petunjuk. Mungkin juga jodohnya sudah sampai dan tidak boleh dielak lagi. Ya Allah, jika benar ini jodohku, aku redha ya Allah. Doa Andy di dalam hati. 
****
SEMUA yang berada di meja makan memandang Queseira dan Fatihah yang turun agak lewat untuk makan malam. Mereka berdua menjadi perhatian berpasang mata yang ada di ruang makan.
Dahi Queseira berkerut. Semua yang ada kat meja ni macam tak nak makan makanan yang terhidang, semuanya nampak macam nak makan aku je! Gumam Queseira di dalam hati.
Sebaik sahaja melabuhkan punggungya di atas kerusi makan yang diimport dari luar negara itu, Queseira mengukir senyuman plastik.
“Kenapa semua tengok orang ni?” soal Queseira.
“Awalnya turun?” sindir Tengku Qhasha. Queseira mencebik. Jam di tangannya dikerling sekilas. Setahunya, dia lewat turun tidak sampai sepuluh minit. Itupun salah ke? Bukannya aku lakukan jenayah besar pun! Rungut Queseira.
“Tadi cari barang yang hilang,” Queseira memberi alasan. Fatihah langsung tak berkata apa-apa. Seeloknya dia mengambil langkah berdiam diri, ini urusan keluarga Queseira.
“Sudahlah tu.. Qayyum, baca doa..” arah Tengku Zila. Meleraikan pertengkaran antara anak lelakinya itu dan anak perempuannya. Jika tidak dilerai, nescaya akan berlarutan.
Usai sahaja doa dibaca, masing-masing diam menjamu selera. Seketika kemudian Tengku Zila bersuara lagi.
“Eira. Dengar sini apa yang bonda nak cakap.” Tegas sekali nada Tengku Zila. Dahi Queseira berkerut. Kedengaran serius sahaja nada yang dituturkan oleh bondanya itu.
“Apa dia bonda?” soal Queseira.
“Lagi enam bulan, bonda nak adakan majlis perkahwinan Eira.” Lancar sahaja Tengku Zila berkata. Hampir sahaja Queseira tersedak. Kahwin? Dengan siapa? Dia baru sahaja memutuskan hubungannya dengan Jack!
“Are you kidding bonda?” anak mata Queseira tajam memandang bondanya itu. Raut wajah Tengku Zila serius. Pantas Tengku Zila menggeleng.
“Bonda has no time to make a joke.” Ujar Tengku Zila lagi, ibu tunggal yang lembut, tetapi tegas. Tidak hairanlah semua anak-anaknya tidak berani angkat muka jika Tengku Zila bersuara.
“Bonda, orang tak ada calon lagi. Orang baru je putus!” bantah Queseira. Gila ke apa mahu mencari calon suami dalam waktu enam bulan?  Tengku Zila tersenyum nipis.
“Ada bonda suruh kamu cari calon ke? Bonda dah ada calon.” Kata Tengku Zila. Qayyum, Qhasha, Qaniah hanya diam membisu mendengar bondanya berbicara. Tidak pula mereka menyampuk. Anak mata Queseira membulat.
What? Calon sendiri? Bonda nak tetapkan siapa calon suami aku? No way!  For sure nanti rumahtangga tak bahagia! Rungut Queseira di dalam hati.
“Tak naklah bonda,” kata Queseira. Qayyum menelan liur. Berani benar kakaknya itu membantah kata-kata bondanya. Tengku Zila menjegilkan matanya.
“Bonda dah arrange semuanya. Whether you like it or not, you have to follow on what I have planned. Titik!” arah Tengku Zila. Queseira mendengus kasar, meja makan terus ditinggal, hanya sedikit sahaja makanan yang dijamah. Fatihah terpinga-pinga.
****
SUDAH sejam Tengku Zila menunggu kehadiran Datin Fitrah bersama Andy. Tengku Zila bersama dengan Queseira dan juga Fatihah sudah bosan menunggu. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg, Tengku Zila mendail nombor telefon Datin Fitrah.
Beberapa minit kemudian, panggilan dijawab. Suara Datin Fitrah kedengaran di corong telefon.
“Maaf kak Engku. Dah ada depan mall ni.. Tadi jalan sesak.” Kata Datin Fitrah. Sejurus itu talian dimatikan. Beberapa minit kemudian, Datin Fitrah terkocoh-kocoh masuk ke dalam restoran Secret Recipe itu.
Mata Queseira melilau, ke mana pulak anak mak cik ni? Tadi bonda beria benar suruh aku jumpa dengan anak mak cik ni. Tapi sekarang tak nampak pun batang hidungya. Huh! Keluh Queseira lagi.
Sebaik sahaja Datin Fitrah duduk, Tengku Zila mengarahkan anak perempuannya dan Fatihah menyalam Datin Fitrah. Datin Fitrah tersenyum manis.
“Eh, mana anak you?” soal Tengku Zila.
“Dia pergi toilet kejap.” Serentak dengan itu Tengku Zila, Fatihah dan Queseira mengangguk. Sejujurnya Queseiralah orang yang paling tidak sabar. Dia ingin tahu bagaimana rupa lelaki yang mahu bonda jodohkan bersamanya itu.
Hensem sangatkah? Sehinggakan bonda sibuk benar memaksa dirinya berkahwin dengan lelaki itu atas faktor perjanjian keluarga. Nonsense!
Sedang asyik Datin Fitrah dan Tengku Zila berbual, dan ketika itu Fatihah dan Queseira hanya sekadar melayan perasaan masing-masing, tiba-tiba sahaja suara milik seorang lelaki menegur mereka berempat. Queseira tersentak.
Bau ini! Inilah bau yang dia sukakan di Donut Perfume House itu! bau yang sangat memikat jiwa perempuannya. Dengan segera Queseira mengangkat muka. Alangkah terkejutnya dia pabila melihat wajah lelaki itu.
“Engkau.. Eh.. Awak?” tegur Queseira.
“Cik?” tegur Andy pula. Fatihah yang sedang ralit mendengar lagu di iPodnya tidak dapat mendengar langsung perbualan antara Queseira dan juga Andy. Bahu Fatihah disentuh oleh Queseira, segera Fatihah bangun.
Buat kali kedua, Fatihah terkejut bukan kepalang! This have gone so far! Tak mungkin boleh terjadi! Ni semua kebetulan! Suara hati Fatihah merintih. Sungguh.. dia merindui wajah itu!
“Andy.. Ni anak auntie, Queseira Batrisya. Boleh panggil Que, Eira, Isya. Depends on Andy la. Andy nak panggil dia sayang pun boleh,” usik Tengku Zila. Wajah Queseira sudah membahang.
“Ni la dia Andy.. Farish Hazzwandy. “ Tengku Zila memperkenalkan Queseira kepada Andy. Pandangan mata Queseira dan Fatihah masih lagi melekat pada wajah Andy.
“Awak?” tegur Andy. Mereka berdua terus tersedar.
“Duduklah.” Arah Datin Fitrah kepada anaknya itu. andy menurut sahaja.
“So.. Agenda kita nak perkenalkan dua orang bakal pengantin ni.” Kata Tengku Zila. Datin Fitrah mengangguk. Seketika hati Fatihah pula luluh pabila mendengar ibu saudaranya itu berkata begitu. Sakit benar hatinya. Arghhh!
Sepanjang perbincangan, Queseira mencuri cium bau wangian Polo Black. Sungguh bau itu membuatkan Queseira rasa tenang. Queseira hanya sukakan baunya sahaja, bukan orangnya!
Huh! Mahal lagi perfume Escada dengan Bvlgari aku! Rungut Queseira, hatinya masih tidak mahu mengalah. Seperti biasa, dia mahu dirinya sahaja yang lebih daripada orang lain. Jika dia mendapati orang lain lebih bagus darinya, dia akan merasa kurang senang.
“Eira.. Ni Andy..” Tengku Zila memperkenalkan Andy kepada anak perempuannya itu. Andy cuma memapar riak hambar dengan senyuman plastik di bibir. Dia sendiri berasa kekok dengan situasi ini.
Selain hati Andy tidak henti-henti merungut tentang pertemuan ‘kurang bijak’ ini. Pertemuan yang menemukannya dengan wanita yang menjelingnya ketika di Donut Perfume House itu. asyik sekali Andy mengelamun, tiba-tiba sahaja dia terdengar wanita itu bersuara.
“You ni yang kerja dekat kedai perfume baru bukak tu kan? As apa? As a salesman? Erghh..” sindir Queseira sembari memusingkan anak matanya tanda meluat. Tengku Zila mencubit paha kiri anaknya itu. Dia terasa malu dengan perbuatan Queseira yang seperti tidak menghormati maruah orang lain.
Andy tersenyum sinis. Kepalanya didongakkan sedikit. “Ya... Memang saya. Akak yang masa tu tak jadi nak beli perfumekan?” sindir Andy dengan seulas senyuman manis. Queseira mengetap bibir
Tak jadi? Dia ingat aku sengkek sangat ke? Aku boleh beli la! Setakat perfume murah kat kedai macam tu, sepuluh botol aku boleh beli la! Dengus suara hati Queseira. Hatinya membara tiba-tiba pabila melihat wajah Andy yang tersenyum manis tetapi menyakitkan jiwa itu.
Queseira akui, senyuman Andy memang menawan dan boleh mengetarkan jiwanya. Tetapi apa yang paling penting sekarang ialah, hatinya sakit melihat senyuman itu! kalau itu senyuman yang benar-benar ikhlas, itu tidak mengapa, tetapi itu hanyalah senyuman menyindir! Argh!
“You guys dah kenal ke?” Fatihah menyampuk. Tengku Zila dan Datin Fitrah hanya memerhati sedari tadi. Mereka langsung tidak terlintas untuk menyampuk perbualan anak-anak mereka.
“Faty, ingat tak yang I cakap dengan you hari tu? Tentang mamat yang...” Queseira sengaja tidak menghabiskan kata-katanya. Dia mahu menyakitkan hati Andy. Biar Andy rasa tertekan dengannya. Fatihah hanya mengangguk dan menundukkan wajahnya.
“Bagus kalau dah kenal, Andy, Eira... Bonda rasa dah tak susah dah kerja bonda. Tak begitu Fitrah?” kata Tengku Zila kepada Datin Fitrah. Datin Fitrah hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
Air Mocha yang sudah tinggal separuh itu dihirup sedikit oleh Queseira. Sekurang-kurangnya sejuk sedikit hatinya. Bonda ni memang selalu menyeksa aku! Tak cukup-cukup lagi ke nak aturkan hidup aku? Huh! Dengus Queseira di dalam hati.
Sejam kemudian, masing-masing sudah mahu beredar. Segala perbincangan sudah selesai. Nampaknya kedua-dua pihak telah mencapai kata putus.
Andy hanya berlagak selamba. Sungguh dia tidak kisah langsung dengan perkahwinan  ini. Senang bagi dirinya kerana dia tidak mempunyai sesiapa di dalam hatinya.
Pintu hatinya belum diketuk, justeru tidak berpenghuni, hanya sepi dengan sawang. Andy tersenyum meleret. Sebelah matanya dikenyitkan sedikit ke arah Queseira. Queseira menjeling tajam.
“So.. Fitrah, rasanya semua dah settle. Nanti kita buat je list-list barang. Biar Andy dengan Eira yang pergi beli semuanya. Macam mana?” cadang Tengku Zila. Datin Fitrah hanya mengangguk.
“Boleh jugak tu.. Andy? Boleh?” soal Datin Fitrah, memandang anak lelakinya. Andy hanya mengangguk dan tersenyum.
“Andy tak kisah mama. Kena tanya dengan Risya la..”
“Hello? it’s Que.. Bukan Risya,” laju sahaja Queseira menyampuk. Andy tergelak dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Sorry, my mistake. Que.. So? Macam mana?” Andy menyoal semula, keningnya diangkat. Fatihah  hanya terlongo.
Tengku Zila dan Datin Fitrah tersenyum-senyum memerhatikan anak mereka berkomunikasi. Teringat pula mereka pada zaman mereka muda-muda dahulu. Indahnya kenangan lama. But those days were gone..
“Tak kisah la.. Ikut je. Dah bonda suruh ikut. Ingat saya nak ikut sangat?” kata Queseira perlahan, namun  kata-katanya itu sudah mampu didengari oleh Tengku Zila yang berada hanya berapa inci darinya. Tengku Zila menjegilkan matanya.
“Fine.. Pick me up pukul lapan pagi. Minggu depan, ahad.” Queseira mengarahkan.
“Awak tak pandai bawak kereta ke? Kenapa tak pergi sendiri je? Saya tunggu awak dekat mall.” Kata Andy. Queseira mengetap bibir. Hampeh punya mamat!  Ni bukan date namanya kalau masing-masing keluar sendiri! rungut Queseira.
Tengku Zila dan Puan Fitrah sekali lagi membisu. Entah buat kali ke berapa, Fatihah menjadi Tugu Negara, dia hanya tercongok di situ memerhatikan perbualan antara Queseira dan Andy yang tampak sungguh-sungguh melakonkan watak mereka di hadapan keluarga masing-masing.
“Pandai. Saya ada kereta Lamborghini, Bugatti. Awak ada?” sindir Queseira sinis. Tengku Zila memandang anaknya dengan tajam, memberi amaran dengan kata-kata anaknya yang berbaur riak itu.
“Saya manalah berpoket tebal macam  awak. Saya salesman je dekat kedai tu. Sebab tu saya malu nak ambik awak dekat rumah. Saya pakai kereta lembu. Malu je nanti. Jatuh saham awak,” kata Andy merendah diri.
Puan Fitrah menggeleng-gelengkan kepalanya. Sesi sindir menyindir nampaknya sudah bermula. Fatihah menahan gelak. Kata-kata Andy itu kedengaran lucu baginya.
“Sudahlah tu. Nanti Andy ambik Que minggu depan. Andy ingat lagikan rumah auntie?” soal Tengku Zila. Andy mengangguk.
“Dia pernah datang rumah kita ke bonda?” soal Queseira kepada Tengku Zila.
“Ya.”
“Okey.”
“See you soon dear,” usik Andy. Queseira mengetap bibir. Sejurus itu, kedua-dua keluarga membuka langkah meninggalkan pusat beli belah tersebut. Andy tersenyum lagi. Kalau dah jodoh, nak buat macam  mana? Terima je.. Lagi pun ni pilihan mama! Visik Andy sendirian. Mindanya sudah berputar ligat mengatur rencana.
Dia tahu Queseira tidak menyukainya kerana peristiwa yang lepas. Benarlah kata orang, kerana mulut badan binasa.  Tapi hendak buat bagaimana lagi? Andy sendiri tidak sedar keterlanjuran kata-katanya itu.
Ahh.. Biarlah.. Lambat laun nanti mesti dia okey. Andy bersangka baik. Queseira! Namanya dah macam lagu yang ditulis oleh Jay Livingston dan Ray Evans. Que Sera Sera..Whatever Will Be, Will Be! Getus Andy di dalam hati.
                                                                           ****
Posted by _FaRiSiQa_ at 7:12 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

MEET THE OWNER !

MEET THE OWNER !
hey sygku semua . in Syafiqa . the owner of dis blog ! if like , do follow me yaww ? luv u all meyh . aw aww :-*
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

dear Mohammad Noor Faris Azman . luv u more than everything . syg awk cgt-3 !

Followers

 

Eren Ft.romi - Perubahan - 05 - Pelengkap Hidupku