“KAU tak payah nak pegang tangan aku boleh tak?” tajam sahaja suara Queseira. Andy tersenyum manis. Pegangan tangannya dileraikan sedikit.
“Okeylah fine.. Sombong la..” ujar Andy sembari mengenyitkan sebelah matanya pada Queseira. Queseira menjeling langit. Dia sudah muak dengan kenyitan Andy itu. Sudah basi!
“Tak payah nak mengada-ngada la.. Geli la aku..” kata Queseira lagi. Andy pura-pura tidak mendengar lantas menarik tubuh isterinya itu ke dalam pelukannya.
“Sama ada awak suka atau tak, awak nak jerit ke.. Kita dalam mall. Kalau awak jerit, awak malu.. Mana awak nak,” bisik Andy pada telinga Queseira.
Queseira mengetap bibir. Sungguh sejak seminggu lepas mereka diijabkabulkan, hatinya terasa sakit sekali dengan tingkahlaku Andy! Ada sahaja perkara yang mahu dikenakan oleh lelaki itu! Huh!
“Kau ni memang sengaja cari fasal dengan aku kan? Kau jangan cabar aku.. Aku jerit naya je kau..” ugut Queseira.
“So? Ada saya kisah?” balas Andy dengan senyuman meleret. Tangannya semakin erat memegang tangan Queseira. Queseira semakin bengang. Membara hatinya. Jika diikutkan kembali, menyesal pula dia menerima pelawaan Andy untuk ke pusat beli belah.
Jika aku tahu, lebih baik aku duduk di rumah dan layan Facebook! Sekarang ni jiwa aku pulak yang dah terseksa! Argh!! Jerit Queseira di dalam hati.
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke Pelangi Seafood. Andy mengambil tempat bertentangan dengan Queseira. Queseira memalingkan badannya ke arah lain. Andy menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Awak perasan tak sesuatu?” soal Andy dengan lembut. Queseira diam.
“Awak perasan tak.. Bila awak marahkan.. Makin saya rasa geram je tengok awak.. Terasa macam nak cium je awak depan orang ramai ni,” selamba sahaja Andy berkata. Serta merta Queseira memandang Andy dengan pandangan yang tajam. Pandangan yang membunuh!
“Kalau kau betul-betul nak rasa pelempang Johor, cubalah!” bebel Queseira.
“Tengok tu.. Mulut tak henti nak membebel. Awak jangan.. Awak macam cabar saya je. Nak saya buat betul-betul ke?” usik Andy lagi, masih dengan senyumannya yang meleret. Queseira sudah tidak senang duduk.
Perbualan mereka terbantut seketika saat pelayan restoran tersebut tiba membuat pesanan. Andy mengangkat muka. Belum sempat Andy membuat pesanan, Queseira sudah bersuara.
“Stewed Beef dengan chocolate latte.” Pesan Queseira. Andy terpempam.
“Macam mana awak boleh tahu apa yang saya nak order ni?”’ soal Andy. Queseira memusingkan matanya ke atas.
“Jangan nak perasanlah. Itu makanan aku. Huh!” jawab Queseira. Andy malu sendiri. tapi walaubagaimana sekalipun, dia tetap terkejut dengan makanan yang dipesan oleh Queseira itu. Sama dengannya!
Pelayan tersebut hanya memerhati sahaja. “Encik nak makan apa?” soal pelayan itu.
“Tak payah. Dia orang kampung. Mana reti makan benda macam ni,” sindir Queseira. Andy senyum sahaja. Bersabarlah Andy. Sabar..
“Hurm.. Bagi saya sambal petai dengan air kosong.” Pinta Andy dengan selamba. Segera Queseira memandang Andy. What? Biar betul! Pelayan itu mengerutkan dahinya.
“Makanan tu tak ada kat sini encik.. Western food je.”
Andy mengerakkan bibirnya, membuat mimik wajah yang melucukan. “Ala.. Saya orang kampung. Mana saya pandai makan western food. Hmm..” ujar Andy, seketika dia sempat melirik pada Queseira. Queseira mengetap bibir.
Sajalah tu nak sindir aku! Bentak Queseira di dalam hati. Pelayan itu masih lagi menunggu dengan sabar.
“Bagi saya makanan sama dengan mak cik ni la eh?" pinta Andy dengan senyuman nakal. Wajah Queseira sudah membahang. Pelayan tersebut mengangguk dan tersenyum, sejurus itu berlalu pergi.
“Kau ni!!” Queseira memandang Andy dengan tajam.
“Saya ni apa? Kacak? Well.. I am. Husband siapakan?” Andy berseloroh. Queseira menjeling tajam.
“Tolong jangan masuk lif tekan sendiri boleh tak? Tak sukalah.” Kata Queseira, datar sahaja nadanya. Andy sekadar mengangguk.
“Lagi satu..”
“Apa dia sayang?”
“Tambah! Lagi dua!”
“Dua ke.. Tiga ke.. Saya tak kisah,” kata Andy sembari mengangkat keningnya.
“Don’t call me sayang. Lagi satu.. Jangan pakai perfume Polo Black tu banyak sangat.” Queseira memberi amaran.
“Kenapa jangan banyak sangat? Kenapa? Awak tergoda ey? Rasa nak peluk saya ey? Kalau awak malu nak peluk masa saya tengah sedar, awak peluk je saya masa saya tengah tidur. Saya tak kisah!” usik Andy lagi. Queseira memegang dadanya.
“Perfume tu murah. Memalukan je. Mahal lagi Escada dengan Bvlagari aku tu.” Selamba sahaja Queseira mengutuk.
“Yalah.. Nanti saya tak pakai lagi. But.. Nak tanya sikit.”
“Tanya apa?”
“Awak ada peluk sayakan semalam? Betul tak?” soal Andy.
“Andy!!!!” Andy tergelak.
****
“QUE... Tolong ambil air untuk saya boleh tak?” pinta Andy dengan manja. Wajahnya tampak pucat, tidak bermaya. Mungkin juga keletihan kerana seharian berada di pejabat. Semenjak berkahwin dengan Queseira, Dato’ Ikram telah mengarahkan anak lelakinya itu untuk mengambil alih syarikatnya. Andy akur.
Queseira yang sedang ralit menonton televisyen rasa terganggu. “Tak boleh ambil sendiri ke? Ada tangankan? Ada kakikan? Leceh la..” rungut Queseira. Sudah dua bulan mereka mendirikan rumahtangga. Namun mereka tidak tidur sebilik.
Hari-hari beginilah kehidupan mereka, jika di hadapan ibu bapanya atau ibu bapa Andy, Queseira akan berlagak seperti seorang isteri mithali. Mengurut Andy dengan penuh kasih, tapi itu hanyalah lakonan semata-mata.
“Saya tak larat ni. Tolong la.. Ada banyak kerja tadi.” Ujar Andy.
“So? Ada aku kisah? Siapa yang suruh buat kerja tu. Huh!” jawab Queseira lantas mengunyah biskut. Matanya masih lagi tertancap pada skrin televisyen. Apa yang Andy pinta langsung tidak dia endah.
Dengan langkah lesu, Andy bangun dari sofa dan berlalu ke dapur. Langkah gontai diatur, perlahan-lahan. Setelah itu, Andy kembali semula ke sofa. Queseira menjeling suaminya dengan sinis.
“Boleh pun bangun. Tadi kata sakit. Mengada je.” Sindir Queseira. Andy malas mengambil pusing. Matanya dilelapkan. Terus sahaja dia berlalu ke alam mimpi.
****
BEBERAPA hari berikutnya, Andy kembali seperti sediakala. Seperti biasa, jika dia sihat sahaja dia akan mengusik Queseira. Ada sahaja modalnya untuk mengusik. Sehingga kadang-kadang bergema suara milik Queseira di segenap penjuru rumah.
Malang bagi Queseira kerana pada hari ini Datin Fitrah akan bermalam di rumah mereka berdua. Justeru Queseira harus menjaga tingkah lakunya di hadapan mertuanya itu. paling penting hari ini dia harus berlakon sebaik yang boleh!
Petang itu, seperti yang dijanjikan. Queseira menjemput ibu mertuanya itu di hadapan rumah. Wajah Datin Fitrah tampak tidak bermaya sahaja. Sugul. Mungkin juga penat. Tebak Queseira.
“Mama. Sorang je ke? Tak datang dengan papa?” soal Queseira, lembut. Segera dia menyalam tangan ibu mertuanya itu lantas membawa barang yang dibawa oleh Datin Fitrah itu. Datin Fitrah tersenyum nipis.
“Papa tak dapat datang. Outstation. Andy mana?” soal Datin Fitrah.
“Belum balik kerja mama. Kenapa?”
“Tak ada apa-apa.” Queseira hanya senyum sahaja.
Setelah masuk ke dalam rumah sahaja, Queseira melangkah ke biliknya. Manakala Datin Fitrah pula hanya duduk menyandar di sofa. Beberapa ketika kemudian, Queseira turun semula dengan memakai baju yang lain.
“Que nak pergi mana ni?” soal Datin Fitrah. Queseira hanya tersengih.
“Nak jumpa kawan jap mama. Sekejap je. Lepas tu, nak terus pergi jumpa abang Andy.” Kata Queseira, memberi alasan. Sengaja dia menggunakan nama Andy sebagai tiket untuknya keluar.
“Jangan lama sangat. Elok-elok bawak kereta tu.” Pesan Datin Fitrah. Queseira mengangguk.
****
“LATELY ni kau macam menjauhkan diri kau je dengan aku. Kenapa Faty?” soal Queseira kepada Fatihah. Fatihah membuat wajah kelat.
“Tak ada apa-apa. Perasaan kau je tu. Aku okey je. Busy sikit ni..” jawab Fatihah sambil matanya masih lagi menyemak fail-fail di hadapannya. Queseira mendengus.
“Itu je alasan kau. By the way, aku tengok Andy pandang kau lain macam je.. Dia minat kau kut?” kata Queseira. Fatihah tersentak.
“Kau gila ke? Dia suami kau la.” Marah Fatihah.
“I don’t love him la. Kalau kau nak, kau ambik je la dia. Nanti aku mintak fasakh,” laju sahaja bibir Queseira menuturkan. Wajah Fatihah sudah merah.
“Mind your own word la Que! Aku tak suka la kau cakap macam tu! Kau tolong la.. Aku mintak sangat dengan kau. Kau jaga je la Andy tu. He’s your husband. Dah, jangan ganggu aku!” tengking Fatihah.
Queseira tersentak. Sungguh dia tidak sangka Fatihah akan menengkingnya sehingga sebegitu rupa. Sebelum ini tidak pernah pula Fatihah menengkingnya. Dengan segera Queseira berlalu keluar. Apa boleh buat, orang dah halau. Takkan nak tercongok sahaja?
****
No comments:
Post a Comment