-->
skip to main | skip to sidebar
Kisah_JiEyQa

Cintaku Semerbak Polo Black (7)

ANDY memarkir keretanya di halaman rumah. Matanya melilau mencari kereta milik isterinya itu. kemana perginya Queseira? Hati Andy tertanya. Badannya terasa lesu sekali. Lantas Andy mengatur langkah, tombol pintu dipulas.
“Mama?” ujar Andy. Datin Fitrah menyeka air matanya. Segera Datin Fitrah bangun dari sofa dan meluru ke arah anaknya itu. Lantas Andy dipeluk. Andy kaku, terjeda. Kenapa ni?
“Kenapa ni mama?” soal Andy. Datin Fitrah menangis bagaikan anak kecil. Tidak mampu menahan sebak di dada. Setelah berfikir, akhirnya Andy mengerti.
“Dahlah mama. Semua tu takdir. Mama sabar je okey? dah.. Mama rehat..” pinta Andy sambil mengusap bahu Datin Fitrah dengan lembut. Andy menghadiahkan senyuman manis. Akhirnya Datin Fitrah akur, sambil ditemani oleh Andy, Datin Fitrah merehatkan dirinya di bilik tetamu yang disediakan di rumah milik Andy dan Queseira.
Tidak berapa lama kemudian, kedengaran bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Andy segera meninjau di balik tingkap. Queseira. Nampaknya isterinya itu sudah balik. Andy malas mengambil pusing. Dia sekadar duduk sahaja di sofa.
Queseira masuk ke dalam rumah dengan langkah yang laju. Belum sempat dia menaiki tangga, Andy memanggilnya.
“Que.. Hari ni saya nak ajak awak keluar. Kita makan luar ey?” ajak Andy dengan senyuman manis di bibir.
“Penatlah. Lagipun siapa nak teman mama kat rumah?” kata Queseira pula. Datin Fitrah yang berada di dalam bilik menyampuk.
“Tak apa. Mama berani sorang-sorang. Que pergi la dengan Andy sana.” Arah Datin Fitrah. Queseira mengetap bibir. Huh! Malas betul nak keluar! Rungut Queseira. Sekilas dia menjeling Andy. Seperti biasa, Andy mengenyitkan sebelah matanya pada Queseira.
****
“SEDAP jugak ek makanan dekat sini. Air pun manis je. Macam awak.” Puji Andy. Queseira hanya diam.
“Awak..” panggil Andy.
“Nak apa?” soal Queseira.
“Awak sayang saya tak?” soal Andy pula.
“Tak.”
“Jawab la jujur.”
“Jujur la ni. Serius aku tak sayang. Degil la kau ni,” marah Queseira lagi. Andy tergelak. Kali ini tawanya kedengaran berbeza. Seolah-olah tawa yang dibuat-buat.
“Kalau saya kahwin lain?” Andy menyoal lagi. Queseira mengangkat sebelah keningnya.
“So? Ada aku kisah ke?” Andy tersenyum nipis.
“Mananya awak pernah kisah fasal saya. Kalau saya kena campak kat laut, kena makan dengan jerung pun belum tentu awak kisah. Kan?” perlahan Andy menuturkan, nasi disua ke dalam mulut.
Hati Queseira bergetar tiba-tiba. Mengapa Andy berkata begitu? Mungkinkah Andy sakit hati dengan tingkah laku aku selama ini? Queseira berteka teki dengan hatinya sendiri.
“Tahu tak apa.”  Jawab Queseira. Kemudian mereka berdua diam. Seolah-olah tiada topik untuk dibualkan.
“Awak...” panggil Andy setelah lama berdiam diri.
“Nak apa? Kau ni. Rimaslah aku..”
“Untuk sesaat dalam hidup saya. Bilalah boleh saya dengar awak panggil saya abang ek?” kata Andy. Wajahnya tampak kelam.
“Huh? Mungkin lepas kau mati kut,” ujar Queseira dengan nada bergurau.
“Macam suka je kalau saya mati.” Kata Andy.
“Sikit kut.” Kata Queseira lagi. Andy senyum sahaja.
“Saya nak cakap..”
“Cakap je la.”
“Cinta saya mungkin tak seharum perfume Escada yang selalu awak pakai tu.. Mungkin juga tak seperti wangian Bvlgari yang selalu awak agung-agungkan. Tapi percayalah.. Saya ikhlas mencintai awak. Kalau nak dibuktikan cinta saya sekalipun, terlalu sulit dan sukar.. Hum tumhe pyar karte hae.. I really meant it.” Dengan satu nafas Andy menuturkan. Queseira menahan gelak.
“Sejak bila kau tengok cerita Hindustan ni? Lawak la..” ujar Queseira.
“Saya serius ni awak..” wajah Andy serius. Queseira tergelak lagi.
“Malas aku layan kau. Aku nak pergi toilet kejap.” Queseira meminta diri. Andy mengeluh.
****
QUESEIRA terpaksa tidur bersama-sama dengan Andy di dalam bilik hari ini. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya tika ini! Jantungnya berdegup kencang. Sungguh hatinya tak keruan. Jika diberi pilihan, mahu sahaja dia terjun dari bangunan.
Andy hanya berlagak selamba di atas katil. Matanya sesekali memandang Queseira yang bagaikan cacing kepanasan di depan almari bajunya. Andy menahan gelak. Kasihan melihat keadaan isterinya itu.
“Awak.. Tidur je atas katil ni. Saya tidur sofa,” kata Andy, mendatar nadanya. Queseira memandang Andy.
“Betul?”
“Yalah. Takkan saya nak tipu awak. Dah, tidurlah.” Kata Andy. Queseira mengangguk. Pantas dia merebahkan tubuh badannya di atas katil Andy dan melelapkan matanya. Andy pula sudah berada di atas sofa. Sejurus itu, lampu tidur ditutup.
Beberapa minit berikutnya, Queseira tersentak. Entah bagaimana dia merasakan pinggangnya dipeluk erat. Mahu sahaja dia menjerit. Wajahnya dipalingkan. Andy berada di sebelahnya!
Penipu! Andy memang penipu! Dia kata dia tidur atas sofa! Kenapa sekarang sebelah aku pulak? Bentak Queseira di dalam hati.
“Kau! Kenapa tidur sini!” marah Queseira, sembari merenggangkan pelukan Andy yang erat dan kemas itu. Andy hanya tersenyum nakal.
“Saya takut tidur sorang.” Jawab Andy. Queseira mencubit lengan Andy dengan kuat. Tindakan Queseira itu membuatkan Andy melekapkan bibirnya pada bibir Queseira. Queseira hilang kata-kata.
“Jangan jerit. Awak tahu apa jadinya kalau awak jeritkan? Mama saya ada kat luar. Tentu awak tak nak dia tahu.” Bisik Andy penuh romantis pada anak telinga Queseira. Queseira mengetap bibir.
Selebihnya dia hanya mampu pasrah dengan apa yang berlaku seterusnya. Sungguh Queseira rasa ingin menangis! Sampai hati Andy! Tapi akhirnya Queseira sedar, apa yang mereka lakukan ini tidak salah kerana mereka berdua pasangan suami isteri yang sah.
Malam ni akan jadi malam terakhir aku tidur sini! Suara hati Queseira berbisik. Menyesal kerana terpaksa tidur bersama-sama dengan Andy!
****
HARI ini cuaca kelihatan cerah, Andy tidak pergi ke pejabatnya. Hari ini dia terlewat bangun, Queseira yang sama-sama tidak bekerja hari ini terkejut melihat kelibat Andy yang berada di rumah.
Sejak peristiwa malam itu, Queseira bertindak untuk tidur di bilik tetamu bersama-sama dengan ibu mertuanya. Queseira juga berazam untuk tidak lagi menjejakkan lagi kakinya ke bilik Andy!
Saat Queseira hendak ke dapur, dia terserempak dengan Andy yang hanya memakai boxerdan singlet. Wajah Andy tampak pucat. Seperti biasa, Queseira sudah dapat mengecam kehadiran Andy dengan haruman Polo Black yang dipakai oleh suaminya itu.
“Asal tak pergi kerja?” soal Queseira. Andy hanya diam.
“Awak? Kenapa tak pergi kerja?” Andy kembali menyoal Queseira.
“Ikut suka akulah..” jawab Queseira, acuh tak acuh.
“Kau boleh tak bila aku cakap baik-baik dengan kau, kau hormat aku? Aku dah lama sabar. Aku suami kau. At least, show some respect!” suara Andy meninggi. Mujur sahaja Datin Fitrah sudah pulang ke rumahnya dua hari lepas.
Queseira tersentak. Belum pernah lagi dia mendengar Andy menengkingnya hingga sebegitu rupa. Tapi Queseira tetap tidak mahu mengalah.
“Peduli apa aku.” Jawab Queseira, dingin. Andy mengangkat tangannya, mahu melempang Queseira.
“Nak apa? Kau nak lempangkan? Lempang.. Cepat! Aku tunggu. Ingat aku kisah sangat ke?” jerit Queseira. Andy beristighfar.
“I’m sorry. Saya mandi dulu.” Dengan tiba-tiba Andy meminta diri.  Queseira dibiarkan terkulat-kulat di ruang tamu.
****
ANDY memandang siling dengan hati yang walang. Jika dia tersilap langkah tadi, pasti sahaja tangannya sudah menyentuh pipi Queseira. Dia meraup wajahnya. Sesungguhnya dia sudah tidak mampu bersabar. Kesabarannya ada batas.
Andy bangun dari katil, kepalanya terasa pening, tiba-tiba. Segera dia menuju ke almari, membuka almari tersebut dan mengambil kotak yang disembunyikan dari bawah baju.
Setelah itu, Andy mengatur langkah, menuju ke bilik mandi. Sejurus daun pintu bilik mandi ditolak, Andy merasakan badannya  seakan hilang tenaga. Entah bagaimana, dia rebah. Kelam.
****
‘DIA ingat dia bagus sangat ke? Ingat aku kisah sangat ke dia marah aku macam tu? Husbandaku? Ada aku kisah?’ dengus Queseira dengan wajah masam yang mencuka. Bantal yang berada di tangan di tumbuk-tumbuk. Eiiii!! Geram!
Lamunannya terhenti tiba-tiba apabila loceng rumahnya berbunyi. Queseira menyelak langsir. Gulp! Bonda! Apa kerja bonda datang sini pagi-pagi? Soal Queseira dengan muncung yang panjang.
Rumahnya yang berselerakan itu segera dikemas. Itu tidak penting.. Apa yang penting sekarang, dia harus berbaik-baik dengan Andy di hadapan bonda! baru sebentar tadi dia bertegang lidah dengan suaminya itu. Suami? Heh....
Pintu rumah dibuka, Queseira mengukir senyuman plastik.  Wajah Tengku Zila berseri-seri pagi ini. Mungkin paginya terasa ceria. Apatah lagi dapat bertemu dengan anak perempuannya itu. sudah hampir sebulan Tengku Zila tidak berjumpa dengan anak perempuannya itu.
Queseira menunduk, menyalam bondanya dengan hormat. Tengku Zila tersenyum. Senang hatinya melihat keceriaan Queseira. Pasti rumahtangga anak perempuannya itu ceria selalu. Tengku Zila bersyukur.
“Apa angin bonda datang sini pagi-pagi?” soal Queseira. Tengku Zila datang sehelai sepinggang. Hanya ditemani oleh Qaniah, adik perempuan bongsu Queseira. Pemandu mereka menunggu di luar rumah.
“Engkau ni memang tak nak bonda datang ke apa Eira?” tanya Tengku Zila. Queseira tersengih.
“Tak adalah.. Bonda ni tiba-tiba je datang. Tak ada angin, tak ada ribut. Mananya tak terkejut.” Ujar Queseira. Qaniah ketawa.
“Ke memang kakak tengah romantik-romantik dengan abang Andy?” usik Qaniah. Queseira memandang adiknya tajam.
“Jangan mengarut la Qaniah! Kakak cubit pipi tu baru tahu! Tak padan dengan kecik!” marah Queseira. Tengku Zila tertawa. Mulut anak perempuannya yang kecil itu memang petah, ada sahaja perkara yang hendak dibualkannya.
“Andy mana Que?” tanya Tengku Zila. Anak mata Tengku Zila beralih ke tempat letak kereta. Kereta Nissan FairLady milik Andy ada di  tempat letak kereta.
“Ada dekat atas..” jawab Queseira. Tengku Zila mengangguk.
“Andy tak kerja ke hari ni Que?” soal Tengku Zila lagi. Queseira menjadi rimas dengan soalan-soalan yang dilontarkan oleh bondanya itu. Queseira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Tak kut. Entah..” jawab Queseira lagi.
“Jadi isteri apa engkau ni Eira? Tak ambil tahu langsung?” bebel Tengku Zila. Queseira mendengus.
“Manalah orang tahu. Takkan bonda nak suruh orang jaga semuanya. Dari singlet ke seluar dalam semua?” selamba sahaja Queseira menjawab.
“Bonda tak ajar Eira cakap macam tu. Belajar dari mana ni?” pandangan Tengku Zila tajam, seakan mahu membunuh anak perempuannya itu sahaja. Queseira mengeluh.
“Bonda ni nak marah je. Dahlah..” Queseira berasa bosan. Alat kawalan jauh televisyen dicapai, lantas televisyen dibuka.
“Pergi panggil Andy. Mama nak cakap dengan dia.” Arah Tengku Zila. Queseira mencebik. Baru sahaja dia hendak menonton rancangan televisyen kegemarannya. Hendak tak hendak terpaksa juga dia mendengar arahan bondanya itu.
Dengan langkah perlahan, Queseira menaiki anaktangga. Sejurus berada di hadapan pintu bilik Andy sahaja, hati Queseira berbelah bahagi. Tidak silap dia sudah berazam untuk tidak menjejakkan kaki ke bilik Andy lagi!
Apa aku buat depan pintu bilik dia ni? Queseira menyoal dirinya sendiri. Akhirnya Queseira nekad, pintu bilik Andy ditolak. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati susuk tubuh Andy yang terbaring tidak sedarkan diri di hadapan pintu bilik mandi.
Queseira panik.
“Bonda!!! Abang Andy tak sedarkan diri!” jerit Queseira dengan kuat. Hatinya tidak keruan. Sama ada risau atau pun gusar, dia sendiri tidak pasti. Tapi sekarang dia berasa cemas. Sangat cemas!
Tengku Zila terkocoh-kocoh naik ke atas dengan wajah yang panik. Sama juga seperti Queseira. Kepala Andy diangkat sedikit. Ada darah yang mengalir dari hidungnya.
“Eira! Telefon ambulance sekarang!” arah Tengku Zila.
                                                                            ****
Posted by _FaRiSiQa_ at 7:10 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

MEET THE OWNER !

MEET THE OWNER !
hey sygku semua . in Syafiqa . the owner of dis blog ! if like , do follow me yaww ? luv u all meyh . aw aww :-*
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

dear Mohammad Noor Faris Azman . luv u more than everything . syg awk cgt-3 !

Followers

 

Eren Ft.romi - Perubahan - 05 - Pelengkap Hidupku